CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 25, 2009

Ubat Melupakan Kenangan


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah kerana dengan izinNya, dapat lagi saya menghirup udara di bumi Allah ini beserta dengan 2 nikmat terbesar, yakni nikmat iman dan Islam. Sedar tak sedar, hari ni umat Islam dah menjejak tanggal 6 Syawal. Cepatnya masa berlalu. Sepanjang Syawal ni jugak, macam-macam peristiwa yang saya lalui, menyedarkan betapa kerdilnya diri saya tatkala menerima ujian. Bertemu dengan saudara mara yang dah lama tidak bertemu menyedarkan saya hakikat rezeki, ajal, maut semuanya di tangan Allah. Berhubung semula dengan sahabat-sahabat lama, masing-masing dengan perkembangan sendiri, ada yang dah bertunang, ada yang berada nun jauh di perantauan, yang dah ada anak pun ada. Tapi hari ni saya tak nak cerita pasal tu.

Ubat Melupakan Kenangan, Wujudkah?

Ada tak ubat yang boleh melupakan semua kenangan pahit? Bestnya kalau ubat tu memang wujud. Minum ja sekali, hilang semua masalah.. jadi insan baru dan bina kehidupan baru. Tapi malangnya takde ubat yang semudah tu. Ada ubatnya, tapi dengan kaedah lain. Kaedah yang tetap menyakitkan dan memerlukan mujahadah.

Apa Kaedahnya?

Kembalilah pada Allah.. kerana Dialah yang menguji, jadi selayaknya pada Dialah dipohon pertolongan dan jalan keluar. Hidup manusia memang tak pernah sunyi dengan ujian kerana tanpa ujian, sunyilah hidup.. Ujian adalah anugerah Allah pada kita, tanda sayang Allah pada kita. Memang, terkadang ada ujian yang datang benar-benar menguji kekuatan jiwa dan minda, hingga kadang-kadang terduduk dibuatnya. Air mata jadi peneman setia. Pohonlah kekuatan dari Allah, kerana Dialah sumber kekuatan saya, sumber kekuatan kita.

Sekuat mana pun dugaan yang datang, banyak-banyaklah mengadu pada Allah. Dia sentiasa ada saat kita memerlukan tempat mengadu, bahkan setiap saat. Kadang-kadang Allah tak makbulkan doa kita kerana Dia suka pada suara hambaNya yang merintih mengadu padanya. Jika tidak pun, ia mungkin kerana serpih-serpih dosa dan noda di dalam hati kita.

Kita Bertanya, al-Quran Menjawab

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... "
- Surah At-Taubah ayat 111


Ubat untuk melupakan kenangan? Rasanya saya tidak mahu melupakan semua kenangan pahit dan manis yang pernah bertandang dalam hidup saya. Kenangan-kenangan itulah yang menjadikan saya seperti Nur Farhana hari ini. Terima kasih ya Allah kerana menguji, terima kasih kerana mengurniakan padaku kekuatan ketika aku benar-benar memerlukannya. Terima kasih pada insan-insan yang menguji, kerana melalui kalian, saya belajar erti ketabahan dan kesabaran. Ana uhibbukum fillah, insyaAllah =)

2 comments:

nurulnadia said...

salam adik farhana =)
MasyaAllah, umur muda telah dibias serpihan semangat mujahidah.Moga terus tsabat di jalan ini dan menjadi kebanggaan islam..
Kak Nadia xpasti kenal ataupun x farhana tapi kalau sudi maklumkan akak ye =)
Salam sayang.ukhwah keranaNya insyaAllah

Nur Farhana Abdullah said...

waalaikumussalam kak nadia..
syukran, kak.. Doakan agar saya mampu istiqamah atas jalan ini.
Saya kenal Kak Nadia, saya junior Kak Nadia di SMKAY dulu, SPM batch 2006. Kita selalu je jumpa di sekolah dulu, tapi hanya sempat bertukar senyuman, tak sempat sembang lama. Moga suatu hari nnti kita dapat bertemu, insyaAllah =)
Salam sayang utk Kak Nadia juga..