CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 22, 2009

Suatu Kisah..

Assalamualaikum w.b.t,


Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan dan sedikit kekuatan yang berbaki. Sewaktu membaca ruangan forum di sebuah laman sosial, saya membaca kisah ini. Kagum dengan kekuatan mereka, kekuatan pada pergantungan dengan Allah. Di sini saya kongsikan bersama untuk sama-sama kita hayati.


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

mungkinkah kita sanggup lakukan perkara yang sama...mudah2an cinta yang kita miliki adalah cinta kerana Allah...aamiin...


Sunday, December 13, 2009

10 Wasiat As-Syahid Imam Hasan al-Banna



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

1) Wahai kawanku,
segeralah tunaikan solat di awal waktu.Dikala mendengar azan usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda.Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran....dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...Juga di medan perang.walaupun di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku,
bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada kita.

3) Wahai kawanku,
dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari.

4) Wahai kawanku,
usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, itulah syaitan.

5) Wahai kawanku,
senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa. Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya tapi berpada-pada sahaja.

6) Wahai kawanku,
seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan.Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair :Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau tetapi mestilah dalam batasnya seperti engkau memasukkan garam ke dalam gulai.

7) Wahai kawanku,
kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Jangan keraskan suramu dalam solat dan jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku,
usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain, perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.

9) Wahai kawanku,
luaskanlah interaksimu dengan umat manusia sekalipun mereka tidak meminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua.

10) Wahai kawanku,
maksimumkanlah waktu berfaedah anda dan bantulah orang lain supaya memanfaatkan masa.

Allahualam..

Tuesday, December 8, 2009

Sehari Lagi Menghampiri Kematian

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah menjejak usia 20 tahun. Sehari lagi menghampiri kematian. Terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan saya. Terima kasih juga buat semua yang wish happy birthday pada saya. Gugusan mawaddah terindah, tautan ukhwah fillah =)



Monday, November 30, 2009

Kurindu Saat Itu

Assalamualaikum w.b.t,

Cuti semester bermula lagi. Saat-saat cuti begini, saya terlalu rindu pada suasana yang pernah saya alami suatu masa dahulu. Terlalu rindu. Saya rindu pada sahabat-sahabat saya yang setia bersama mengharungi suka dan duka suatu ketika dahulu. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, di sana tersimpan seribu memori yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Di sana Allah kurniakan saya anugerah yang besar dan tidak ternilai harganya. Saat saya hampir hanyut dengan arus dunia, Allah takdirkan saya bertemu dan bersahabat dengan insan-insan yang saling menasihati. Indahnya ukhuwah lillah. Setahun bersama, tak terasa masa berlalu begitu cepat. Masing-masing terpisah mengejar cita-cita, bertebaranlah kita menuntut ilmu ke tempat yang Allah campakkan. Ana merindui antum semua....

~Surau An-Nur yang menyimpan sejuta memori~

~Bunga sakura~

~sweet memories of sister's night~

~kenangan bersama sahabat-sahabat pada malam penutup Minggu Aspirasi Islam~

~AJK MAI muslimat~

~Lajnah Promosi dan Penerbitan (ProPer) MAI 08~

~Konsert Rabbani~
Al-fatihah buat ustaz Asri


~barisan syabab~

Bingkisan yang saya petik istimewa untuk sahabat-sahabat,

Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…

Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…

Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….

Saturday, November 28, 2009

Belajar Dari Pengalaman

Assalamualaikum w.b.t,


Alhamdulillah, lautan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana kerana masih sudi mengekalkan saya dalam nikmat iman dan Islam ini. Sesungguhnya tidak ternilai anugerah ini. Lama tidak mencoret sesuatu di sini. Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan salam eidul adha buat sahabat-sahabat pengunjung blog sekalian.

Syukur yang tidak terhingga juga buat Ilahi kerana memberi kesembuhan kepada nenek saya. Seminggu di hospital, akhirnya tengah hari tadi nenek dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah. Sepanjang seminggu nenek di hospital, saya berkesempatan untuk menjaga nenek semalaman di wad lantaran sepupu saya yang menjaganya diserang demam. Pertama kali menjaga nenek di wad, banyak sekali pengalaman dan pengajaran yang dapat saya kutip.

Saya belajar tentang keikhlasan ketika itu. Jika selama ini saya hanya belajar teori hukum semata-mata, kali ini saya merasai amalinya. Saya berfikir sejenak, bagaimana agaknya perasaan anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka yang sakit? Jika sehari dua mungkin tidak begitu terasa, tetapi bagaimana jika Allah mentakdirkan kesakitan itu memakan masa berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun lamanya? Tambah-tambah jika ibu bapa telah berusia, tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri, memerlukan anak-anak cucu untuk membantu menjaga makan minum, memerhatikan kesihatan mereka, menukar lampin pakai buang, tegarkah kita melakukannya tanpa sedikit pun rasa terbeban? Terbayang bagaimana susah payah ibu melayan kerenah dan keperluan anak-anak yang masih kecil. Terbayang wajah ayah yang dibasahi keringat mencari rezeki yang halal untuk isteri dan anak-anak. Apakah kita berfikir, terbalaskah kita jasa mereka hanya dengan menjaga mereka ketika sakit begitu?? Rasa ingin menitis air mata mengingatkan perkara itu. Zaman ini, begitu mudah anak-anak melupakan jasa ibu bapa yang bersusah payah membesarkan diri.

Sempat menjenguk nenek yang bersebelahan dengan katil nenek, turut terkesan di hati. Tersentuh melihat suaminya yang setia menemani isteri yang terlantar sakit meskipun dia sendiri telah berusia benar. Nenek itu yang belum dapat dikenal pasti penyakitnya harus discan lagi minggu depan walaupun telah discan sebelum ini. Teringat lagi perbualan mereka berdua yang dapat saya tangkap dengar.

"Abah, minggu depan kena masuk kamera sekali lagi,kot hidung pulak. Hari tu bubuh kamera kot mulut."

"Tak pa la bubuh kot mana pun, asal nanti sihat. Boleh bangkit balik."

Setianya tok wan tu, malam itu beliau tidur di lantai di tepi katil nenek tersebut.
Moga Allah beri kesembuhan buat nenek Midah.

Terbayang anak-anak muda hari ini, ramai yang hanyut dibawa arus cinta. Tapi mampukah cinta itu bertahan dan terus mekar hingga ke lanjut usia seperti pasangan tok wan dan nenek tadi? Hakikatnya, kita perlu berpijak pada realiti, bukan impian dan angan-angan kosong semata-mata. Cinta sahaja tidak cukup untuk terus kekal, tetapi perlu kepada tanggungjawab dan saling menghormati untuk terus subur. Moga peristiwa yang dilihat mampu memberi 'ibrah kepada diri saya yang sering lalai ini.

Allahua'alam.






iman itu..


Assalamualaikum w.b.t,


AlhamduliLLAHi ‘alaa kulli haal,

Segala puja-puji kepada Al-Khaliq, Yang Maha Menciptakan ke atas segala-galanya,

Selawat dan salam isyarat kecintaan kepada HabibuLLAH Ar-Rasul SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.


“Al-Iman Yazid Wa Yankus”,

Kita biasa dengar penyataan yang satu ini. Maksudnya, iman itu hakikatnya mempunyai turun naiknya. Sihat dan bertumbuhnya iman itu adalah atas hasil ikhtiar empunya hati yang memiliki iman itu sendiri. Begitu juga apabila bercerita tentang jatuh merudumnya iman, ianya adalah natijah daripada pekerjaan manusia yang ‘asi, atas ikhtiar yang empunya hati itu sendiri.


Susahnya menjaga iman ini.

Susahnya menjaga iman kerana di zaman ini ada banyak macam benda yang mempu mencuri iman itu daripada hati manusia.. Tidak perlu melihat ke dalam sudut yang lebih dalam ataupun di perspektif yang lebih jauh, cukuplah dengan memandang keadaan di sekeliling kita – itu sudah cukup untuk menjadi asbab agar iman kita itu dibawa lari.

Aurat yang tidak tertutup sepenuhnya mampu merampas iman dari dalam jiwa hati manusia. Hiburan tanpa mengenal batasan mampu juga merompak iman manusia. Memenuhi tuntutan hawa nafsu makan secara berlebihan juga mampu merombak iman manusia. Di zaman ini, seolah-olah selautan perkara, sebanyak macam benda boleh menjadi asbab kepada berkecainya iman di dalam hati manusia.


Bahayanya bahana iman yang tidak terjaga itu.

Bahayanya sekiranya tuan empunya hati yang menyimpan iman itu tidak menangisi realiti keteguhan iman yang semakin goyah, tercabar semakin hari. Tidak menjaga lidah dalam berbicara, tidak menutup telinga seraya seruan-seruan fahsya’ dan munkar memasuki ruang pendengaran, tidak mahu menoleh ke arah zon yang menyelamatkan iman apabila mata mula meliar mencari dosa-dosa, tidak mahu menarik tangan apabila tangan-tangannya itu ditawarkan dengan emas permata tipuan dunia, tidak mahu mengangkat kaki untuk berhijrah ke arah yang menghidupkan, masih mahu duduk di takuk dosanya yang lama.


Alangkah gelapnya terasa di dalam dunia orang yang tidak mahu menjaga iman itu.

Mahu sahaja datangnya cahaya iman ke dalam hatinya, dia hambat dan dia tutup tingkap hatinya daripada menerima sinaran iman itu. Dia tolak kehadiran cahaya itu. Dia seolah-olah lebih suka di dalam gelap gelita dunia kesesatannya sendiri!


Alangkah sedih melihat iman yang tidak dijaga,

Sedihnya melihat iman yang tidak dijaga, kerana tidak mengetahui ataupun telah menutup mata sendiri tentang hakikat iman yang tidak dapat dijual-beli serta diwarisi. Menangis dan merana jiwa yang hampa apabila melihat sewenang-wenangnya manusia yang pada mulanya beriman di dalam hatinya telah dihanyutkan oleh badai perosak iman.

Hari ini iman sudah mudah-mudah dijual-beli, sudah mudah-mudah digadai. Sedangkan nilai pajakannya itu apabila dibandingkan dengan harga iman, maka harga iman kurniaan Tuhan tiada ditandingi. Iman sudah boleh dijual dengan tawaran gaji yang tinggi, iman sudah boleh ditukar dengan pujukan suami ataupun isteri, iman sudah boleh dilelong dengan pangkat dan jawatan tertinggi, iman sudah boleh dilepaskan dari tambatan hati dengan menunaikan nafsu syahwat yang tidak dipagari...


Hari ini iman menjadi saksi,

Bahawa tanpa dirinya di dalam hati orang-orang yang memiliki hati, nyawa dengan mudah diragut sana-sini. Kekayaan duniawi menjadi sasaran utama sehingga manusia lupa akan tujuan ukhrawi. Pasangan yang belum bernikah sudah boleh jadi persis laki-bini. Amanah pangkat dan jawatan sudah tidak lagi dilihat sebagai ujian daripada Ilahi. Rasuah dan gelap duit semata-mata mahu kaya tanpa mengira keberkatan di dalam rezeki.

Hakikatnya, itulah dia natijahnya, banyak kemusnahan yang terjadi apabila iman yang mahal itu sudah ditolak ke tepi. Iman sudah jadi picisan bagi manusia yang tidak mengenang budi Tuhan hari ini!


Kasihanilah iman,

Kasihanilah ia bukan kerana lemahnya ia, tetapi kasihanilah ia kerana semakin nazak dan mungkin sudah matinya ia di dalam hati diri manusia. Iman tidak dapat dilihat, tetapi manusia yang mempunyai mata hati pasti sedar akan sakitnya iman di hujung zaman ini. Menangis ia. Meraung ia. Meronta-ronta ia. Meminta-minta ia untuk dilepaskan diri daripada dibelenggu nafsu manusia. Dibelenggu kemaksiatan manusia. Ia sudah tidak tahan dengan dosa-dosa kita! Ia mahu dibebaskan daripada penjara ‘melebihkan cinta dunia’!


Maka wahai kaum yang memiliki hati,

Usahakanlah dirimu untuk menjaga iman di dalam hati itu. Bajai hati yang beriman itu. Kuatkan dirimu untuk bersolat agar subur kembali ia. Sedekahkanlah zikruLLAH untuknya. Berwudhu’lah untuk mensucikan dirinya. Tadabburlah Al-Qur’an serta alam untuk menerangi ia kembali.

Usahalah kamu ke atas kehidupan iman kamu! Jangan biarkan dia menangis, kerana yang ditakuti dalam ia menangis, ia semakin sakit, sangat boleh jadi kemudian iman itu mati!

Oleh itu, pujuklah hati ini. Pujuklah hati untuk menangis memikirkan hakikat iman di akhir zaman ini!

Menangislah! Menangislah wahai manusia akhir zaman! Menangislah ke atas iman yang kian mati itu!

wallahua'lam. .....

Sunday, November 8, 2009

Apa Dah Jadi?

Assalamualaikum w.b.t,


Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illah.. Lama tak mencoret sesuatu dalam blog ni, dah bersawang pun rasenya.. Entah apa yang terjadi, terasa lemah menguasai diri. Lemah. Semangat saya jatuh ke tahap yang paling bawah. Subhanallah. Rasa bersalah, rendah diri semuanya bercampur baur.. Allahuakbar, apa dah jadi ni? Di saat hati begitu gersang dengan tarbiah, terasa rindu sekali pada sahabat-sahabat yang pernah bersama-sama mengharungi susah-payah bersama suatu ketika dulu.. Apa khabar antum agaknya? Moga dalam rahmat Allah selalu hendaknya.

Down? Nape boleh jadi camtu? Di saat diri menghadapi pelbagai tekanan beginilah, hati lebih lunak untuk mendekati Allah. Rindu pada tadabbur, rindu untuk merintih, rindu pada sahabat-sahabat. Bagi saya, saat-saat down begini, kena check balik hubungan dengan Allah, pasti ada sesuatu yang tidak kena di situ.

As-Sayyid Ibrahim al-Khawasah r.a berkata, "Ubat penyembuh hati itu ada 5 perkara: membaca al-Quran dengan tadabbur, perut yang kosong, sembahyang malam, berdoa dengan tawaduk di hujung malam, dan duduk bersama orang-orang soleh". Subhanallah..

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. Amin ya Rabbal 'alamin..

Wednesday, November 4, 2009

Cerita Muhasabah

Selepas Subuh hari itu, saya memerhatikan beberapa ayat al-Quran. Tadabbur dan tafakkur. Khali seketika. Saya amat tersentak apabila memerhatikan makna yang terkandung dalam surah Iqra’.

“Apa yang Abg Dzul dapat daripada surah itu?” adik usrah saya bertanya.

“Surah ini banyak juga membentak Abu Jahal. Apa yang paling menakutkan ialah apabila Allah membuat satu cabaran terbuka kepada bapa saudara nabi yang kufur itu. “Maka panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu)”. Itu cabaran yang dilemparkan oleh Allah,” jelas saya ringkas.

Namun bukan itu yang menakutkan. Saya diam mengumpul tenaga. terasa sebak melanda hati saya, sekaligus membuatkan jiwa saya terperosok ke lembah kedukaan. Saya dapat merasakan seolah-olah saya benci seketika untuk melakukan maksiat.

Rantai keimanan mengikat saya. “Panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu). Kami (Allah) pula akan memanggil Zabaniah.”

Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.


Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati petur. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.

“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa gei menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib.

Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.

Tuesday, October 27, 2009

Wanita Idaman


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya buat Pencipta langit, bumi dan setiap sesuatu di antara keduanya. Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabat baginda. Lautan kasih untuk mak dan abah, serta sahabat-sahabat seperjuanganku. Seminggu menyepi memberi ruang kepada diri untuk berfikir dan merangka perjalanan seterusnya andai dipanjangkan umur. Sewaktu mengemaskini folder artikel pilihan tadi, saya terpandang sajak ini. Sajak yang saya peroleh dan berkongsi bersama sahabat-sahabat di bangku sekolah menengah dulu. Sesungguhnya terasa diri masih terlalu jauh untuk menggapai tahap itu. Namun ingin saya berkongsi di sini. Moga sama-sama beroleh manfaat, insyaAllah =)


..Wanita Idaman..

Wanita yang aku sayangi,

Adalah pencinta Tuhannya,

Yang mengalir cinta, takut, dan harap,

Yang menguasai jalan penghidupannya,

Dari waktu ke waktu,

Dari hari ke hari,

Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir


Wanita yang aku rindui,

Adalah wanita yang di mata dan di wajahnya,

Terpancar sinar nur Ilahi,

Lidahnya basah dengan zikrullah,

Di sudut hatinya sentiasa membesarkan Allah


Wanita yang aku cintai,

Adalah wanita yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi,

Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya,

Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi


Wanita yang aku impikan,

Adalah wanita yang mendekatkan hatiku yang telah jauh,

Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim,

Namun aku tidak ada di sana,

Kerana dilamar kebendaan dunia


Wanita yang aku kasihi,

Yang bersyukur pada apa yang ada,

Yang bersabar pada apa yang tiada,

Cinta pada hidup yang sederhana,

Yang tidak bermatakan benda


Wanita yang aku sukai,

Menjadi dian pada dirinya sendiri,

Menjadi pelita untuk putera-puteriku yang bakal dilahirkan,

Untuk menyambung perjuanganku di belakang hari

Sesungguhnya wanita yang selalu berada dalam doaku,

Adalah dirimu...... MUJAHIDAH SOLEHAH