CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, September 25, 2009

Ubat Melupakan Kenangan


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah kerana dengan izinNya, dapat lagi saya menghirup udara di bumi Allah ini beserta dengan 2 nikmat terbesar, yakni nikmat iman dan Islam. Sedar tak sedar, hari ni umat Islam dah menjejak tanggal 6 Syawal. Cepatnya masa berlalu. Sepanjang Syawal ni jugak, macam-macam peristiwa yang saya lalui, menyedarkan betapa kerdilnya diri saya tatkala menerima ujian. Bertemu dengan saudara mara yang dah lama tidak bertemu menyedarkan saya hakikat rezeki, ajal, maut semuanya di tangan Allah. Berhubung semula dengan sahabat-sahabat lama, masing-masing dengan perkembangan sendiri, ada yang dah bertunang, ada yang berada nun jauh di perantauan, yang dah ada anak pun ada. Tapi hari ni saya tak nak cerita pasal tu.

Ubat Melupakan Kenangan, Wujudkah?

Ada tak ubat yang boleh melupakan semua kenangan pahit? Bestnya kalau ubat tu memang wujud. Minum ja sekali, hilang semua masalah.. jadi insan baru dan bina kehidupan baru. Tapi malangnya takde ubat yang semudah tu. Ada ubatnya, tapi dengan kaedah lain. Kaedah yang tetap menyakitkan dan memerlukan mujahadah.

Apa Kaedahnya?

Kembalilah pada Allah.. kerana Dialah yang menguji, jadi selayaknya pada Dialah dipohon pertolongan dan jalan keluar. Hidup manusia memang tak pernah sunyi dengan ujian kerana tanpa ujian, sunyilah hidup.. Ujian adalah anugerah Allah pada kita, tanda sayang Allah pada kita. Memang, terkadang ada ujian yang datang benar-benar menguji kekuatan jiwa dan minda, hingga kadang-kadang terduduk dibuatnya. Air mata jadi peneman setia. Pohonlah kekuatan dari Allah, kerana Dialah sumber kekuatan saya, sumber kekuatan kita.

Sekuat mana pun dugaan yang datang, banyak-banyaklah mengadu pada Allah. Dia sentiasa ada saat kita memerlukan tempat mengadu, bahkan setiap saat. Kadang-kadang Allah tak makbulkan doa kita kerana Dia suka pada suara hambaNya yang merintih mengadu padanya. Jika tidak pun, ia mungkin kerana serpih-serpih dosa dan noda di dalam hati kita.

Kita Bertanya, al-Quran Menjawab

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?

QURAN MENJAWAB
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... "
- Surah At-Taubah ayat 111


Ubat untuk melupakan kenangan? Rasanya saya tidak mahu melupakan semua kenangan pahit dan manis yang pernah bertandang dalam hidup saya. Kenangan-kenangan itulah yang menjadikan saya seperti Nur Farhana hari ini. Terima kasih ya Allah kerana menguji, terima kasih kerana mengurniakan padaku kekuatan ketika aku benar-benar memerlukannya. Terima kasih pada insan-insan yang menguji, kerana melalui kalian, saya belajar erti ketabahan dan kesabaran. Ana uhibbukum fillah, insyaAllah =)

Monday, September 21, 2009

Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah


Assalamualaikum w.b.t,


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) dengan kerjasama Exco Belia & Sukan Negeri Kedah buat julung kalinya akan mengadakan Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah yang bakal dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Azizan Bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

Justeru kehadiran semua rakyat Kedah amat dialu-alukan.

Maklumat lanjut seperti yg tertera di bawah :

Tempat : Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Menteri Besar Kedah
Masa : 9.00 pagi hingga 1.15 petang
Tarikh : 3 Syawal 1430 Hijrah

Tentatif program

9.00 pagi : Pendaftaran
9.30 pagi : Ucapan alu-aluan
Bacaan al-Quran
10.00 pagi : Ucapan YB Menteri Besar, Ustaz Azizan
11.00 pagi : Sesi bersama YB Menteri Besar
12.00 tengah hari : Sesi Dialog bersama YB Menteri Besar
1.15 petang : Jamuan


Datanglah beramai-ramai =)


Bila Tiba Hari Raya..



Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah kerana dengan izinNya, dapat saya sekali lagi bertemu dengan Eidulfitri kali ini. Dalam kesayuan melepaskan Ramadhan pergi, terdetik jugak di hati, sempat lagikah saya untuk bertemu Ramadhan yang akan datang? Apa pun jua, Hari Raya Aidilfitri ini adalah hari kemenangan untuk umat Islam setelah berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Dengan rendah hati, saya, Nur Farhana binti Abdullah, ingin memohon maaf kepada semua ahli keluarga, sahabat-sahabat serta sesiapa yang mengenali siri saya atas keterlanjuran kata dan tingkah laku yang saya lakukan pada kalian sama ada dalam saya sedar atau tidak. Semoga tarbiyyah di madrasah Ramadhan yang baru berlalu dan sempena menyambut Syawal ini, membuka lembaran baru buat diri kita semua, insyaAllah =)

MAHAR CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

Friday, September 11, 2009

Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar


Assalamualaikum w.b.t,


Terharu, terpaku dan teruja! Itulah yang dapat saya ungkapkan tentang pengisian yang diberi oleh junior saya, Aisyah untuk slot kuliah Jumaat di Balai Ilmu jumaat lepas. Tajuk yang dikupas bukanlah tajuk yang bombastik atau tidak terjangkau akal, tapi tajuk yang kita selalu dengar dan mungkin dah imune pun dengan tajuk-tajuk ni - puasa, aurat dan couple. Tapi Aisyah dapat mengupas tajuk tersebut dengan sangat baik, mengaitkan hukum dengan kehidupan yang dilalui, bukan sekadar teori hukum semata-mata, hingga semua classmate saya yang turut hadir pada kuliah jumaah HELWANI itu turut terkesan, alhamdulillah.

Mabruk, Aisyah!Sehingga bila muslimat hanya menjadi tukang angguk dan tukang geleng dalam sesuatu majlis kan? tiba masanya untuk muslimat turut bersuara mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu


Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan.
Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.


Allahualam.