CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 21, 2009

Bila Tiba Hari Raya..



Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah kerana dengan izinNya, dapat saya sekali lagi bertemu dengan Eidulfitri kali ini. Dalam kesayuan melepaskan Ramadhan pergi, terdetik jugak di hati, sempat lagikah saya untuk bertemu Ramadhan yang akan datang? Apa pun jua, Hari Raya Aidilfitri ini adalah hari kemenangan untuk umat Islam setelah berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Dengan rendah hati, saya, Nur Farhana binti Abdullah, ingin memohon maaf kepada semua ahli keluarga, sahabat-sahabat serta sesiapa yang mengenali siri saya atas keterlanjuran kata dan tingkah laku yang saya lakukan pada kalian sama ada dalam saya sedar atau tidak. Semoga tarbiyyah di madrasah Ramadhan yang baru berlalu dan sempena menyambut Syawal ini, membuka lembaran baru buat diri kita semua, insyaAllah =)

MAHAR CINTA SYAWAL

Dari medan Ramadan sepenuh perjuangan
Terpamir ketulusan jiwa, kemurnian hati,
kecerdasan fikiran, ketangkasan tindakan…
Ukir semurni tadbir
Tagih sesuci takdir

Dari takbir Syawal seluruh kemuliaan
lambang satu kemenangan
mengatasi kejahatan diri dalaman
menangani angkara musuh luaran
kembali ke fitrah…
kembali kepada Allah!

Hitung syukurmu di istana rahmat-Nya
Renung sukarmu di penjara dosa-dosa
Moga keberkatan Ramadhan…
Agar Kemuliaan Syawal…
Menjadi mahar seorang hamba…
untuk melamar cinta Tuhannya!

0 comments: