CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 10, 2009

rintihan hamba

Mujahadah ini,

Baru bermula..

Belum tahu pengakhirannya bila..

Selagi hayat dikandung badan,

Ada tugas yang menanti..

Ada amanah yang menuggu..


Selagi bergelar hamba,

Hidup tidak sunyi dari dugaan,

Yang mencabar kekuatan jiwa dan minda..

Apa pun jua keadaannya,

Kembalilah pada TUHAN..

Kerana dari DIAlah ujian itu,

Maka dari DIAlah selayaknya

Dipohon pertolongan..


Tika aku membelek-belek kitab cintaku tadi, terasa diriku sangat terpujuk. Terasa dugaan ini semakin indah apabila segalanya disandarkan padaNYA.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Nescaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang agung.”

(Surah Al-Ahzab: ayat 70-71)


-pengemis cinta Ilahi

0 comments: