CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 5, 2009

Ukhuwah Itu Indah



Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, segala puji dan puja bagi Allah kerana masih mengizinkan saya untuk mencoret sesuatu di Kembara Hamba ini. Seminggu berlalu, bermacam-macam peristiwa dan dugaan yang datang menghalang niat untuk mengemaskini blog.

Syukur pada Allah kerana memberi saya kekuatan untuk memberikan talk selama lebih kurang sejam untuk slot pengisian HELWANI pada Jumaat lepas. Sesungguhnya saya bukanlah orang yang dikurniakan bakat semula jadi untuk bercakap di depan, sebetulnya. Bahkan saya masih ingat ketika tiba giliran saya untuk memberikan tazkirah ringkas selama 5 minit ketika Kuliah Pendidikan Islam ketika di Kolej Matrikulasi suatu ketika dahulu, menggeletar seluruh badan saya dek kerana tidak biasa memberi pengucapan awam di hadapan khalayak ramai, di hadapan lebih kurang 100 orang kalau tidak silap saya ketika itu. Menyahut cabaran supaya mewujudkan budaya 'mencabar diri', saya memberanikan diri untuk bermula sedikit demi sedikit.Alhamdulillah, talk saya pada Jumaat lepas mendapat respon positif dari audiens. Walau bagaimanapun, masih banyak yang harus dibaiki. Saya memilih untuk mengupas tajuk "Ukhuwah" untuk slot tersebut.

Apa itu ukhuwah?

Memulakan slot pengisian kuliah Jumaat dengan lagu 'Teman Sejati' dari Brothers, part yang terpenting adalah memberi kefahaman kepada sahabat-sahabat yang hadir tentang konsep ukhuwah yang sebenar. Dari segi bahasa, ukhuwah merupakan bentuk mashdar dari kata ‘Akha’yang bererti bersaudara. Sedangkan ukhuwah bererti persaudaraan. Adapun dari segi istilahnya, para ulama memiliki definisi yang beragam. Diantaranya adalah sebagaimana yang dikemukakan oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan : (1997 : 5)


Ukhuwah merupakan kekuatan iman yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, cinta, penghormatan dan rasa saling tisqah (saling percaya), terhadap seluruh insan yang memiliki ikatan aqidah Islamiyah yang sama dan juga yang memiliki cahaya keimanan dan ketaqwaan.


Berdasarkan firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10,

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.

Ukhuwah yang berteraskan ayat “sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara” adalah ukhuwah yang menghasilkan manusia yang mampu berinteraksi serta berhubung dan memesrakan diri dengan manusia yang lain… cukup dengan alasan iman.


Maka tidak sepatutnya wujud jurang di antara yang bertudung labuh, bertudung biasa, mahupun yang tidak bertudung seperti rata-rata keadaan yang banyak berlaku kini. Jika selamanya kita hanya duduk dan bergaul dengan kelompok kita semata-mata, sampai bila dakwah dan amar ma'ruf nahi munkar akan terlaksana? Sampai bila yang celik akan semakin celik dan yang jahil akan semakin jahil?

Adapun mengenai ukhuwah sebagai buah dari ketaqwaan, sekaligus menafikan tentang persahabatan tanpa adanya ketaqwaan (QS. 43 : 67) :

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain

kecuali orang-orang yang bertakwa.”


Tidakkah manusia sentiasa mengutamakan kawan sendiri dan lingkungan kebiasaannya? Soalan ini mungkin timbul sedemikian rupa. Tentu sahaja kita lebih mesra dengan kumpulan kita sendiri. Credit hour yang kita habiskan bersama rakan-rakan sepasukan, tentu sahaja menjadikan kita lebih mudah masuk dengan sahabat-sahabat yang kita sudah biasa. Itu naluri manusia.

Tetapi kemesraan itu harus mampu berkembang dan mendatangkan upaya untuk mereka bergaul, berhubung dan berinteraksi dengan orang lain juga. Tiada duo-personaliti. Mesra dengan teman, hambar dengan kenalan!

Hak-Hak Dalam Berukhuwah

Dalam ukhuwah terdapat hak-hak yang mesti dilaksanakan oleh sesama muslim yang saling bersaudara karena Allah SWT. Diantara hak-hak tersebut adalah sebagaimana yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah haditsnya:

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Hak seorang muslim dengan muslim lainnya ada eman. Para sahabat bertanya, ‘Apa itu wahai Rasulullah SAW? Beliau menjwab, ‘apabila engkau bertemu dengannya ucapkanlah salam, apabila ia mengundangmu penuhilah, apabila ia minta nasihat darimu nasihatilah, apabila ia bersin doakanlah, apabila ia sakit tengoklah, dan apabila ia meninggal dunia maka ikutilah jenazahnya.” (HR. Muslim)


Dari hadits di atas, dapat kita petik kesimpulan, bahwa diantara hak ukhuwah seorang muslim terhadap muslim lainnya adalah:

1. Mengucapkan salam.

2. Memenuhi undangannya.

3. Memberikan nasihat.

4. Mendoakan ketika bersin.

5. Menengok ketika sakit.

6. Mengikuti jenazahnya ketika meninggal dunia.


Tiba Masanya Diuji

Merenung kembali kata-kata sahabat saya- orang yang memberitahu akan diuji lebih hebat tentang kata-katanya. Benar sekali telahannya. Dalam kita berkomunikasi, kadang-kadang kita menyakiti dan disakiti sama ada dalam kita sedar atau tidak. Saya lebih senang berlapang dada dalam hal ini, tapi kadangkala terasa ia seakan menyesakkan dada saya dengan rasa bersalah. Buat sahabatku, ana 'asif jiddan atas khilaf selama ini. Doaku, moga ukhuwah ini kekal mengharum hingga ke syurga hendaknya. Amin..

1 comments:

Anonymous said...

best jugak cmni..