CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 14, 2013

Semoga Allah Rahmati dan Berkati Mereka

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t,

        Alhamdulillah wa syukuriLlah, sehingga kini kita masih diberikan kesempatan menghirup udara di bumi Allah yang indah dan damai ini dengan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan Islam. Sesungguhnya sesat dan tersangat rugilah kita andai dua nikmat ini tercabut dari dalam diri kita, na'uzubiLlahi min zalik. Lebih 2 tahun blog terbiar sepi, mood untuk berkarya terbang entah ke mana. 

       
     Dalam tempoh 2 tahun ini jugalah pelbagai peristiwa telah berlaku. Status diri juga telah berubah, dari bujang, kepada tunangan orang dan kini bergelar seorang isteri, alhamdulillah. Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah. Tidak terungkap betapa bersyukurnya diri ini diberi kesempatan untuk melalui semua ini. Betapa bersyukur dan terharunya bergelar isteri kepada seorang suami yang sangat baik dan mengambil berat serta tidak jemu-jemu melayan kerenah diri yang serba kekurangan ini. Jarak jauh yang memisahkan dan menerbitkan kerinduan yang tidak terungkap menguji iman dan tawakal kami kepada Tuhan Rabbul 'izzati. Betapa rindunya diri ini kepada sang suami. Allahu rabbi. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi ujian ini, wahai belahan jiwaku. Uijian ini sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita. Walau air mata terkadang terlalu murah untuk mengalir di saat hati terlalu merindu, ketahuilah bahawa hati ini berusaha keras untuk redha untuk menerima takdir Allah ini. Kuatkan hati dan jiwamu juga wahai suamiku..



     Hari ini, jiwa terlalu mudah tersentuh. Hati terasa tidak berada bersama di negeri Johor ini, tetapi telah pulang ke Darul Aman negeriku. Hati sangat merindui mak hari ini. Seawal bermulanya hidupku hinggalah bergelar isteri orang kini, terlalu banyak jasa mak dan abah dalam hidup saya. Baru tadi mak telefon mengkhabarkan tiket bas untuk pulang semula ke Johor setelah mengundi nanti telah dibeli. Rindu mak. Bila agaknya dapat berbakti kepada mak dan abah. Mak, hingga cedera tangannya sibuk melakukan persiapan perkahwinan saya yang sehingga kini belum benar-benar pulih. Mengapa harus begitu sekali. Allahu rabbi, bagaimana harus kubalas jasanya. Ingin sekali menggembirakan hatinya dan berbakti kepadanya setiap masa. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara mak dan abah, semoga mak dan abah gembira selalu. Sayang mak dan abah.




Friday, February 4, 2011

Mengemis Kasih


Assalamualaikum w.b.t,

SubhanaLlah, alhamduliLlah, la ilaha illaLlah.. Lama benar blog ini menyepi.. Apa khabar agaknya sahabat-sahabatku yang sangat-sangat kurindui. Bagaimana pula khabarnya dengan imanku sendiri.. Allahu'alam, susahnya untuk mentafsirkan.. Meninjau khabar sahabat-sahabat di facebook sebentar tadi, cukup tersentuh mendengar lagu Mengemis Kasih, subhanaLlah.. Aku ingin sekali kembali padaMu ya Tuhanku~

Mengemis kasih

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa itu menggunung

Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Wednesday, October 27, 2010

Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka?

Assalamualaikum w.b.t,


Ini kisah benar..

Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.


"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga.

Sunday, October 24, 2010

Gerakan Freemasonry

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah yang telah menggerakkan hati saya untuk mengupdate semula blog setelah dua bulan terbiar sepi ^_^. Sukar untuk memulakan langkah kembali setelah lama terhenti, seakan kekeringan idea untuk mencari isu untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Dalam tercari-cari bahan, kita dikejutkan dengan isu Islamic Fashion Festival Kuala Lumpur 2010 yang boleh dianggap sebagai mempersendakan Islam. Berikut adalah kenyataan yang saya petik dari web Zaharuddin.net berkenaan penganjuran majlis ini:

"Islamic Fashion Show yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam & tidak layak diberi nama 'Islamic'. Selain meraih untung menggunakan nama agama, ia mungkin satu teknik menghina Islam secara lebih licik agar tidak dibantah scara terangan. Ia hanya disokong oleh musuh Islam @ pihak pencinta Islam liberal @ si jahil ...yang ingin mentafsir Islam menurut logik. Sebarang kerjasama dalam anjur & promosi adalah berdosa besar."



Menutup auratlah dengan sempurna, semakin confuse
dengan 'Islamic' Fashion Festival...apa bezanya dengan
miss universe?


Apabila ditanya kepada salah seorang sahabat saya, beliau mengutarakan pendapatnya:
"freemason & illuminati..sedang menyelinap dalam Malaysia...manusia yang alpa x nampak kerana dikaburi dengan 'kemewahan' dan 'kemegahan'...tinggal tunggu sahaja bala yang bakal menimpa. Gejala persiapan mengAGUNG dajjal, buang bayi, penDEDAHan aurat, clubbing dan segala macam penyakit sosial dibiarkan. Binalah segala macam pusat pemulihan akhlak, jikalau MUKADIMAH SEGALA PENYAKIT SOSIAL tidak dibanteras, jangan mimpi untuk mendapatkan negara yang aman dan bahagia."


SEDIKIT PERKONGSIAN

Kepada para intelektual berkarisma, yang mempunyai mata hati (iman) dan mata Ilahi (cahaya petunjuk Allah), saya mohon saudara/i untuk membuka minda dan akal kurniaan Tuhan untuk kita sama-sama telusuri punca masalah ummah yang semakin bernanah sejak serangan zaman globalisasi kini.Yang menjadi asbab kepada munculnya serangan pemikiran yang kian menjadi-jadi pada akhir zaman ini adalah kerana adanya golongan yang melakukan perkara yang amat menzalimi diri mereka sendiri iaitu satu golongan yang amat dibenci oleh Allah Taala yang dinamakan sebagai golongan Bani Isreal.


Tanpa kita sedari, kita tidak perasan dan tidak pula ketahui bahawa kita sekarang berada dalam era akhir zaman,yang mana terdapat pelbagai variasi golongan akhir zaman ini yang membawa perkara-perkara sembahan syaitan (thagut) sepertimana yang telah dilakukan oleh disabdakan oleh Nabi S.A.W iaitu :"Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh. Mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin".


Kita lihat bagaimana peperangan antara hak dan batil sudah berlaku sejak daripada iblis yang melawan perintah Allah hinggalah zaman kita sekarang ini yang mana betapa jahatnya ideologi syaitan laknatullah yang mencuba untuk menyesatkan umat manusia hingga menjadi kawannya dalam api neraka. Kini, kita lihat serangan pemikiran secara halus yang sedang dilakukan oleh Yahudi yang sememangnya sentiasa panas dengan kebahagiaan umat Islam di dunia ini. Pelbagai agenda dicipta untuk mendukacitakan umat Islam hingga merasakan bahawa membunuh manusia itu adalah nikmat bagi mereka.


NEGARA ISRAEL RAYA : GERAKAN FREEMASONRY

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah gerakan freemasonry? Matlamat penubuhan gerakan ini juga amat tersirat kerana matlamatnya penuh dengan tipu daya syaitan yang telah menjadikan segala agenda dan perancangan yang dicipta adalah baik dan membawa keharmonian sejagat. Namun, hakikatnya, penubuhan gerakan ini adalah gerakan yang telah dibawa oleh ahli neraka. anggota dalam ahli neraka yang terlibat dengan gerakan ini mahu menambahkan lagi bilangan ahli nerakanya dengan menganjurkan segala pertubuhan-pertubuhan kebajikan namun, hempedu yang ingin dibalas bukannya dengan madu, ditambah pula cuka untuk merosakkan pemikiran orang Islam.Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 54 :"Mereka mengadakan tipu daya, sedangkan Allah juga mengadakan tipu daya.Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pembuat tipu daya."


Serangan pemikiran (Al ghazwulfikri) yang sedang dilakukan oleh ahli neraka ini ialah mereka memanipulasikan sirah Nabawiyyah. Kita lihat bagaimana bentuk Perjanjian Aqabah 2 yang mana pengikut dalam perjanjian ini sanggup untuk mati mempertahankan Nabi S.A.W dan Islam.. Dan inilah strategi yang telah dilakukan oleh mereka (Yahudi) dalam gerakan ini dengan melakukan sumpah taat setia yang berbunyi :" Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama tuhan dan taurat serta dengan penuh penghormatan saya, sesungguhnya saya telah menjadi salah seorang daripada anggota yang kesembilan mengasaskan pergerakan ini (secret power). Saya berjanji tidak akan mengkhianati saudara seanggota dengan apa-apa bentuk kemudaratan berdasarkan ketepatan pergerakan. Saya berjanji untuk mengikut segala peraturan yang telah disepakati bersama dengan penuh ketaatan, amanah dan berusaha melakukan dengan sebaik-baiknya. SAYA BERJANJI AKAN BERUSAHA MENAMBAHKAN BILANGAN ANGGOTANYA.

Saya juga berjanji akan memesongkan sesiapa sahaja yang mengikut ajaran Al Masih (Nabi Isa a.s) dan berusaha sedaya upaya saya untuk MEMBUNUH mereka yang menyebarkan ajaran ini. Saya berjanji tidak akan membocorkan mana-mana rahsia yang tersimpan antara kami seanggota kepada anasir luar mahupun daripada kalangan anggota kami (yang berpaling tadah). Sekiranya saya telah didapati membocorkan rahsia pergerakan mahupun perkara-perkara yang harus diselindungi antara kami seanggota, maka saudara seanggota saya berhak untuk membunuh saya dengan apa cara sekalipun." Kini, baiah itu turut diikuti pula oleh golongan ahli neraka ini yang dimulakan oleh dua orang lelaki Yahudi yang bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi. Mereka ini merupakan penasihat kepada Raja Herod's Akriba/ Father. Perasan atau tidak sejak negara kita dijajah oleh British, inilah cara ideologi yang telah dibawa oleh mereka iaitu, melantik seorang penasihat daripada kalangan mubaligh kristian untuk menjadi penasihat kepada Raja di Tanah Melayu pada ketika itu sehinggalah mereka berjaya mengasingkan sistem politik negara kita daripada berpandukan Quran dan Sunnah hinggalah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang asalnya daripada ajaran agama Islam telah melekat cara perlembagaan undang-undang Britsh yang lebih enak dikatakan undang-undang Iblis.


PANGKAT YANG DIBERI UNTUK PERANGKAP HATI DAN PEMIKIRAN ANGGOTANYA

Martabat peringkat pertama : Ahli Biasa yang digelar Friend / Saudara

Martabat peringkat kedua : Pekerja

Martabat peringkat ketiga : Guru / Master


MATLAMAT MARTABAT INI

1) memperkenalkan pertubuhan yang dinaungi mereka ke seluruh dunia dengan berkecimpung di dalam arena politik, sosial dan ekonomi, seterusnya mengumpul segala maklumat tentang negara yang menjadi sarang operasi mereka

2) Menarik perhatian orang-orang yang mempunyai KEPENTINGAN di dalam sesebuah NEGARA @ PERTUBUHAN untuk didedahkan dengan pergerakan ini.

Sumpah taat setia seorang ahli neraka Jahaman yang berpura-pura baik demi untuk menarik lebih ramai anggotanya ialah :

" Freemasonry tidak pernah berhenti untuk memberi bantuan dalam bidang ilmu pengetahuan, misi kedamaian dan pembangunan moral. Secara global, freemasonry adalah tunggak sosial. Titik perhatian pada kesempurnaan dan kemuliaan dari satu negara ke satu negara yang lain dari satu BANGSA ke SATU BANGSA yang lain. Semua itu dilakukan dengan langkah yang mantap, cita-cita yang tinggi dengan melibatkan PARA PEMBESAR DAN PEMIMPIN AGAMA. Mereka akan melaksanakan rancangan politik dan tugas-tugas mereka sehinggalah freemasonry tersebar ke serata dunia. PEMIMPIN ATASAN dan ANGGOTANYA dianggarkan mencapai puluhan juta yang terdiri daripada RAJA-RAJA, AHLI FALSAFAH, PEMIMPIN AGAMA, CENDIAKAWAN DAN PARA PEMIMPIN NEGARA.


TAMBAHAN ISI SUMPAH TAAT SETIA :"Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama tuhan dan dengan sepenuh keimanan serta penghormatan saya, sesungguhnya saya bersatu bersama saudara seanggota untuk melakukan segala apa yang telah disepakati oleh kami semua. Sesungguhnya saya berjanji akan saling tolong menolong sesama mereka dan sehati sejiwa hingga akhir hayat saya:-ini adalah untuk mengelirukan ideologi orang Islam-

ANTARA PERTUBUHAN YANG TERLIBAT DALAM GERAKAN FREEMASONRY DI MALAYSIA

ST.JOHN AMBULANS!


PERSOALAN UNTUK KITA!!!

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :"BUKAN DARI KALANGAN KITA ORANG YANG MENYERU KE ARAH ASSOBIYYAH (bangsa), BUKAN DARI KALANGAN KITA ORANG YANG BERPERANG ATAS DASAR ASSOBIYAH (bangsa) DAN BUKAN DARI KALANGAN KITA ORANG YANG MATI ATAS DASAR ASSOBIYAH (bangsa)"(Riwayat Muslim)"ASSOBIYAH ITU IALAH KAMU MENOLONG KAUMMU DI ATAS DASAR KEZALIMAN"-Hadis Nabi S.A.W-

Thursday, July 29, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kau pun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata-katamu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. redhalah padaku,
Sungguh redhamu adalah redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci syurgaku..

Monday, July 26, 2010

Wahai C.I.N.T.A~


Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........