Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah wa syukuriLlah, sehingga kini kita masih diberikan kesempatan menghirup udara di bumi Allah yang indah dan damai ini dengan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan Islam. Sesungguhnya sesat dan tersangat rugilah kita andai dua nikmat ini tercabut dari dalam diri kita, na'uzubiLlahi min zalik. Lebih 2 tahun blog terbiar sepi, mood untuk berkarya terbang entah ke mana.
Dalam tempoh 2 tahun ini jugalah pelbagai peristiwa telah berlaku. Status diri juga telah berubah, dari bujang, kepada tunangan orang dan kini bergelar seorang isteri, alhamdulillah. Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah. Tidak terungkap betapa bersyukurnya diri ini diberi kesempatan untuk melalui semua ini. Betapa bersyukur dan terharunya bergelar isteri kepada seorang suami yang sangat baik dan mengambil berat serta tidak jemu-jemu melayan kerenah diri yang serba kekurangan ini. Jarak jauh yang memisahkan dan menerbitkan kerinduan yang tidak terungkap menguji iman dan tawakal kami kepada Tuhan Rabbul 'izzati. Betapa rindunya diri ini kepada sang suami. Allahu rabbi. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi ujian ini, wahai belahan jiwaku. Uijian ini sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita. Walau air mata terkadang terlalu murah untuk mengalir di saat hati terlalu merindu, ketahuilah bahawa hati ini berusaha keras untuk redha untuk menerima takdir Allah ini. Kuatkan hati dan jiwamu juga wahai suamiku..
Hari ini, jiwa terlalu mudah tersentuh. Hati terasa tidak berada bersama di negeri Johor ini, tetapi telah pulang ke Darul Aman negeriku. Hati sangat merindui mak hari ini. Seawal bermulanya hidupku hinggalah bergelar isteri orang kini, terlalu banyak jasa mak dan abah dalam hidup saya. Baru tadi mak telefon mengkhabarkan tiket bas untuk pulang semula ke Johor setelah mengundi nanti telah dibeli. Rindu mak. Bila agaknya dapat berbakti kepada mak dan abah. Mak, hingga cedera tangannya sibuk melakukan persiapan perkahwinan saya yang sehingga kini belum benar-benar pulih. Mengapa harus begitu sekali. Allahu rabbi, bagaimana harus kubalas jasanya. Ingin sekali menggembirakan hatinya dan berbakti kepadanya setiap masa. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara mak dan abah, semoga mak dan abah gembira selalu. Sayang mak dan abah.
2 comments:
Alhamdulillah, lama btol blog ni tidur ya.. =)
Smoga pasangan pengantin baru ini terus cekal lalui hari mendatang, pahit dulu pasti manis sgt terasa..
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment