CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 7, 2010

Malaikat itu adalah.....


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah walhamdulillah wa la ilaha illaLlah.. Syukur sungguh saat ini kerana Allah masih mengurniakan kita semua 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam ketika kita masih berkesempatan menghirup udara di bumiNya ini. Juga setinggi-tinggi kesyukuran pada Pencipta langit dan bumi yang juga Pemegang hati manusia kerana masih sudi memelihara hati dan diri saya walaupun pelbagai dugaan dan perkara yang mendatangi hidup saya. Alhamdulillah..

Lama sungguh saya meningalkan penulisan pena maya ini. Maaf kepada pengunjung-pengunjung blog yang sering hampa kerana tiada update terbaru selama beberapa bulan. Entah ke mana hilangnya semangat diri dalam tempoh tersebut. InsyaAllah, saya telah kembali~ Syukur pada Allah yang masih sudi membangunkan diri saya saat saya benar-benar lemah.

Bagai tahu hati anaknya yang seorang ni, dalam tempoh saya benar-benar down dalam beberapa hari lepas, mak kerap call. Selalunya saya yang akan call mak dulu, tapi minggu ni terbalik pulak, baru terlintas nak call, mak dah call dulu.
Kuatnya naluri mak. Macam-macam mak cerita pasal perkara yang berlaku kat rumah. Pasal abah, pasal adik-adik. Terhiburnya hati. Pastu rasa rindu sangat nak balik rumah. Rindu sangat-sangat. Nak jumpa mak, nak jumpa abah, nak jumpa adik-adik.

Bersempena dengan Hari Ibu ini, saya nak kongsikan sebuah cerita dengan sahabat-sahabat sekalian. Alkisahnya begini...

`Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...


Dia bertanya kepada Tuhan :
"Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab:
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ? "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?" "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Setiap hari adalah Hari Ibu. Selamat Hari Ibu buat mak tersayang, Siti Zaleha binti Awang. Kak sayang mak =) Moga hidupmu sentiasa diberkati, dilindungi dan dilimpahi rahmat dari Allah. Amin~

1 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah, anak yg baik :)