CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 13, 2009

10 Wasiat As-Syahid Imam Hasan al-Banna



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

1) Wahai kawanku,
segeralah tunaikan solat di awal waktu.Dikala mendengar azan usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda.Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran....dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat...Juga di medan perang.walaupun di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku,
bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada kita.

3) Wahai kawanku,
dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari.

4) Wahai kawanku,
usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, itulah syaitan.

5) Wahai kawanku,
senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa. Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya tapi berpada-pada sahaja.

6) Wahai kawanku,
seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan.Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair :Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau tetapi mestilah dalam batasnya seperti engkau memasukkan garam ke dalam gulai.

7) Wahai kawanku,
kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Jangan keraskan suramu dalam solat dan jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku,
usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain, perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.

9) Wahai kawanku,
luaskanlah interaksimu dengan umat manusia sekalipun mereka tidak meminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua.

10) Wahai kawanku,
maksimumkanlah waktu berfaedah anda dan bantulah orang lain supaya memanfaatkan masa.

Allahualam..

0 comments: