CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 30, 2009

Syahadatain




Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, segala puji dan puja buat Ilahi, kerana dengan izinNya jua, dapat lagi saya kongsikan sesuatu di sini. Dalam banyak-banyak isu, kenapa agaknya syahadatain yang dipilih kali ni?? Kerana syahadatain itu membawa impak yang sangat besar dan merupakan titik tolak bagi kehidupan seorang muslim. Tatkala lahirnya kita, kalimah pertama yang diperdengarkan oleh sang ayah adalah kalimah yang membesarkan Allah, iaitu azan.

Apabila ditanya kepada saya apakah makna syahadatain? Saya cepat mengucapkan dua kalimah syahadah, lalu memberikan makna dua kalimah syahadah tersebut – “Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah s.w.t dan aku juga naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah”.

Pengertian syahadatain itu sepatutnya tidak terhenti setakat itu sahaja. Kita seharusnya tahu mengapa pengucapan syahadah itu didahulukan oleh suatu rupa penafian terlebih dahulu kuasa-kuasa ghaib yang lain; sebelum kita beriktikad bahawa hanya Allah s.w.t sahaja sebagai Tuhan yang layak disembah, ditaati dan menjadi cita-cita tertinggi dalam penghidupan kita yang sementara ini.

Syahadain bermaksud syahadah tauhid; iaitu penyaksian kita bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t. Syahadatain ini tidak sempurna melainkan perlu disertakan bersama dengan syahadah risalah; iatu suatu penyaksian bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah s.w.t.

Tuntutan syahadatain ini tidak diberikan kepada bukit bukau, langit, haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Tetapi, Allah s.w.t telah memberikan tuntutan ini kepada kaum manusia dengan melantik mereka menjadi pemimpin atau khalifahtuLlah fil ardhi. (2:30) Perlantikan mereka ini telah diprotes oleh para Malaikat yang cukup patuh mengabdikan diri kepada Allah s.w.t kerana bangsa ini tentu akan membuat kerosakan dan saling berbunuhan di atas muka bumi kelak. Bangsa Malaikat lebih taat dan senantiasa bertasbih memuji kebesaran Allah s.a.w.

Allah s.a.w yang maha mengetahui telah memerintahkan Nabi Adam a.s menunjukkan kebolehan berfikirnya di depan para Malaikat. (2:31-32) Memang Nabi Adam a.s berjaya menyebut semua benda yang ditanya dll. Disebabkan keistimewaan akal fikiran ini mendorong para Malaikat tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda hormat kepada kedudukan akal manusia; serta tanda taat pada perintah Allah s.a.w sendiri. (2:33) Inilah darjat ketinggian manusia. Darjat ini tidak sempurna kecuali manusia menunaikan hak-haksyahadatain itu sendiri. Darjat akal ini akan senantiasa mulia jika diikat pada tuntutan syahadatain.

Untuk mengabdikan diri kepada Allah s.a.w, para Rasul-Nya telah diutuskan. Rasulullah s.a.w menjadi teladan kepada kaum manusia untuk berfikir (33:21) dan menunaikan hak-hak kepemimpinan di atas muka bumi ini – Khalifah. Jika kehidupan manusia hanya berpandukan pada akal semata-mata, sudah tentu kehidupan manusia itu akan dikuasai oleh nafsu. Apabila berlaku hal ini, syahadatain ini tidak lebih pada pengucapan atau pengikraran atau membenarkan dalam hati secara terpisah-pisah.

Memetik syarahan alMarhum Ustaz Sa’id Hawwa, sesungguhnya tuntutan syahadatain itu sebagai al-Usulu ath-Thalasah; iaitu Allah, ar-Rasul dan al-Islam. Apa yang kita impikan adalah generasi syahadatain tersebut cukup dalam kefahamannya, cukup tinggi sifat keimanannya serta cukup kuat rasa iltizam mereka ini dalam memperjuangkan dakwah Islamiyyah bersama-sama Rasulullah s.a.w berbekalkan musohabat rasul fi sirahtihi (bersahabat dengan Rasulullah s.a.w melalui teladan sirah baginda s.a.w).

Mereka cukup berani menentang jahiliyyah – menyembah ausan (berhala), menjadi abdi sesama manusia, takut untuk mengambil risiko perjuangan dan ragu-ragu untuk mempersoalkan undang-undang adat yang zalim serta menyekutukan Allah s.w.t. Keimanan yang kuat disebabkan hubungan langsung mereka dengan Allah s.w.t menjadikan mereka ini terus mengasak tembok-tembok jahiliyyah usang siang dan malam. Atas runtuhan Jahiliyyah inilah mereka mendirikan tuntutan syahadatain dan menjadi khalifahtuLlah fil ardhi.

Generasi syahadatain yang hilang hari ini patut dijelmakan kembali. Generasi mahasiswa hari ini seharusnya ditampar semula akal pemikiran mereka agar mereka tidak dibuai lagi oleh mimpi-mimpi indah. Generasi mahasiswa hari ini seharusnya ditiup semula ruh kesedaran, kefahaman dan jihad dalam pembuluh darah mereka agar mereka hanya mengagung-agungkan keEsaan Allah (syahadat tauhid), menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w (syahadat risalah).

Dengan ruh syahadatain yang subur ini, mampu mengembalikan semula akal kehormatan manusia kepada fitrah dan terhapusnya thoghut-thoghut di maya pada ini. Generasi inilah yang sedang ditunggu-tunggu oleh Umat. Perubahan aula (utama) adalah memahami tuntutan syahadatain.

Allahu'alam. Untuk rujukan lanjut, rujuk di sini.

0 comments: