Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah yang telah menggerakkan hati saya untuk mengupdate  semula blog setelah dua bulan terbiar sepi ^_^. Sukar untuk memulakan  langkah kembali setelah lama terhenti, seakan kekeringan idea untuk  mencari isu untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Dalam tercari-cari bahan,  kita dikejutkan dengan isu Islamic Fashion Festival Kuala  Lumpur 2010 yang boleh dianggap sebagai mempersendakan Islam. Berikut  adalah kenyataan yang saya petik dari web Zaharuddin.net berkenaan  penganjuran majlis ini:
                      "Islamic   Fashion Show yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan  Islam &  tidak layak diberi nama 'Islamic'. Selain meraih untung  menggunakan nama  agama, ia mungkin satu teknik menghina Islam secara  lebih licik agar tidak  dibantah scara terangan. Ia hanya disokong oleh  musuh Islam @ pihak  pencinta Islam liberal @ si jahil ...yang ingin mentafsir Islam menurut logik. Sebarang kerjasama dalam anjur & promosi adalah berdosa besar."
Menutup auratlah dengan sempurna, semakin confuse
dengan 'Islamic' Fashion Festival...apa bezanya dengan
miss universe?
Apabila ditanya kepada salah seorang sahabat saya, beliau mengutarakan pendapatnya:
 "freemason  & illuminati..sedang menyelinap dalam Malaysia...manusia yang alpa x  nampak kerana dikaburi dengan 'kemewahan' dan 'kemegahan'...tinggal  tunggu sahaja bala yang bakal menimpa. Gejala persiapan mengAGUNG dajjal, buang bayi, penDEDAHan aurat, clubbing dan segala macam penyakit sosial dibiarkan. Binalah segala macam pusat pemulihan akhlak, jikalau MUKADIMAH SEGALA PENYAKIT SOSIAL tidak dibanteras, jangan mimpi untuk mendapatkan negara yang aman dan bahagia."
SEDIKIT PERKONGSIAN
Kepada para intelektual berkarisma, yang mempunyai mata hati (iman)  dan mata Ilahi (cahaya petunjuk Allah), saya mohon saudara/i untuk  membuka minda dan akal kurniaan Tuhan untuk kita sama-sama telusuri  punca masalah ummah yang semakin bernanah sejak serangan zaman  globalisasi kini.Yang menjadi asbab kepada munculnya serangan pemikiran  yang kian menjadi-jadi pada akhir zaman ini adalah kerana adanya  golongan yang melakukan perkara yang amat menzalimi diri mereka sendiri  iaitu satu golongan yang amat dibenci oleh Allah Taala yang dinamakan  sebagai golongan Bani Isreal.
Tanpa kita sedari, kita tidak  perasan dan tidak pula ketahui bahawa kita sekarang berada dalam era  akhir zaman,yang mana terdapat pelbagai variasi golongan akhir zaman ini  yang membawa perkara-perkara sembahan syaitan (thagut) sepertimana yang  telah dilakukan oleh disabdakan oleh Nabi S.A.W iaitu :"Akan  timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh. Mereka  menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang  Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin".
Kita  lihat bagaimana peperangan antara hak dan batil sudah berlaku sejak  daripada iblis yang melawan perintah Allah hinggalah zaman kita sekarang  ini yang mana betapa jahatnya ideologi syaitan laknatullah yang mencuba  untuk menyesatkan umat manusia hingga menjadi kawannya dalam api  neraka. Kini, kita lihat serangan pemikiran secara halus yang sedang  dilakukan oleh Yahudi yang sememangnya sentiasa panas dengan kebahagiaan  umat Islam di dunia ini. Pelbagai agenda dicipta untuk mendukacitakan  umat Islam hingga merasakan bahawa membunuh manusia itu adalah nikmat  bagi mereka.
 
NEGARA ISRAEL RAYA : GERAKAN FREEMASONRY
Mungkin  ramai yang tidak mengetahui apakah gerakan freemasonry? Matlamat  penubuhan gerakan ini juga amat tersirat kerana matlamatnya penuh dengan  tipu daya syaitan yang telah menjadikan segala agenda dan perancangan  yang dicipta adalah baik dan membawa keharmonian sejagat. Namun,  hakikatnya, penubuhan gerakan ini adalah gerakan yang telah dibawa oleh  ahli neraka. anggota dalam ahli neraka yang terlibat dengan gerakan ini  mahu menambahkan lagi bilangan ahli nerakanya dengan menganjurkan segala  pertubuhan-pertubuhan kebajikan namun, hempedu yang ingin dibalas  bukannya dengan madu, ditambah pula cuka untuk merosakkan pemikiran  orang Islam.Firman Allah dalam surah Ali Imran,  ayat 54 :"Mereka mengadakan tipu daya, sedangkan Allah juga mengadakan  tipu daya.Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pembuat tipu daya."
Serangan  pemikiran (Al ghazwulfikri) yang sedang dilakukan oleh ahli neraka ini  ialah mereka memanipulasikan sirah Nabawiyyah. Kita lihat bagaimana  bentuk Perjanjian Aqabah 2 yang mana pengikut dalam perjanjian ini  sanggup untuk mati mempertahankan Nabi S.A.W dan Islam.. Dan inilah  strategi yang telah dilakukan oleh mereka (Yahudi) dalam gerakan ini  dengan melakukan sumpah taat setia yang berbunyi :" Saya si fulan bin si  fulan bersumpah dengan nama tuhan dan taurat serta dengan penuh  penghormatan saya, sesungguhnya saya telah menjadi salah seorang  daripada anggota yang kesembilan mengasaskan pergerakan ini (secret  power). Saya berjanji tidak akan mengkhianati saudara seanggota dengan  apa-apa bentuk kemudaratan berdasarkan ketepatan pergerakan. Saya  berjanji untuk mengikut segala peraturan yang telah disepakati bersama  dengan penuh ketaatan, amanah dan berusaha melakukan dengan  sebaik-baiknya. SAYA BERJANJI AKAN BERUSAHA MENAMBAHKAN BILANGAN  ANGGOTANYA.
 
 Saya juga berjanji akan memesongkan sesiapa  sahaja yang mengikut ajaran Al Masih (Nabi Isa a.s) dan berusaha sedaya  upaya saya untuk MEMBUNUH mereka yang menyebarkan ajaran ini. Saya  berjanji tidak akan membocorkan mana-mana rahsia yang tersimpan antara  kami seanggota kepada anasir luar mahupun daripada kalangan anggota kami  (yang berpaling tadah). Sekiranya saya telah didapati membocorkan  rahsia pergerakan mahupun perkara-perkara yang harus diselindungi antara  kami seanggota, maka saudara seanggota saya berhak untuk membunuh saya  dengan apa cara sekalipun." Kini, baiah itu turut diikuti pula oleh  golongan ahli neraka ini yang dimulakan oleh dua orang lelaki Yahudi  yang bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi. Mereka ini merupakan penasihat  kepada Raja Herod's Akriba/ Father. Perasan atau tidak sejak negara kita  dijajah oleh British, inilah cara ideologi yang telah dibawa oleh  mereka iaitu, melantik seorang penasihat daripada kalangan mubaligh  kristian untuk menjadi penasihat kepada Raja  di Tanah Melayu pada  ketika itu sehinggalah mereka berjaya mengasingkan sistem politik negara  kita daripada berpandukan Quran dan Sunnah hinggalah Hukum Kanun Melaka  dan Undang-Undang Laut Melaka yang asalnya daripada ajaran agama Islam  telah melekat cara perlembagaan undang-undang Britsh yang lebih enak  dikatakan undang-undang Iblis.
 
PANGKAT YANG DIBERI UNTUK PERANGKAP HATI DAN PEMIKIRAN ANGGOTANYA
 
Martabat peringkat pertama : Ahli Biasa yang digelar Friend / Saudara
Martabat peringkat kedua    : Pekerja
Martabat peringkat ketiga    : Guru / Master
 
MATLAMAT MARTABAT INI
 
1)  memperkenalkan pertubuhan yang dinaungi mereka ke seluruh dunia dengan  berkecimpung di dalam arena politik, sosial dan ekonomi, seterusnya  mengumpul segala maklumat tentang negara yang menjadi sarang operasi  mereka
 
2) Menarik perhatian orang-orang yang mempunyai  KEPENTINGAN di dalam sesebuah NEGARA @ PERTUBUHAN untuk didedahkan  dengan pergerakan ini. 
Sumpah taat setia seorang ahli neraka Jahaman yang berpura-pura baik demi untuk menarik lebih ramai anggotanya ialah : 
"  Freemasonry tidak pernah berhenti untuk memberi bantuan dalam bidang  ilmu pengetahuan, misi kedamaian dan pembangunan moral. Secara global,  freemasonry adalah tunggak sosial. Titik perhatian pada kesempurnaan dan  kemuliaan dari satu negara ke satu negara yang lain dari satu BANGSA ke  SATU BANGSA yang lain. Semua itu dilakukan dengan langkah yang mantap,  cita-cita yang tinggi dengan melibatkan PARA PEMBESAR DAN PEMIMPIN  AGAMA. Mereka akan  melaksanakan rancangan politik dan tugas-tugas  mereka sehinggalah freemasonry tersebar ke serata dunia. PEMIMPIN ATASAN  dan ANGGOTANYA dianggarkan mencapai puluhan juta yang terdiri daripada  RAJA-RAJA, AHLI FALSAFAH, PEMIMPIN AGAMA, CENDIAKAWAN DAN PARA PEMIMPIN  NEGARA.
 
TAMBAHAN ISI SUMPAH TAAT  SETIA :"Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama tuhan dan  dengan sepenuh keimanan serta penghormatan saya, sesungguhnya saya  bersatu bersama saudara seanggota untuk melakukan segala apa yang telah  disepakati oleh kami semua. Sesungguhnya saya berjanji akan saling  tolong menolong sesama mereka dan sehati sejiwa hingga akhir hayat  saya:-ini adalah untuk mengelirukan ideologi orang Islam-
 
ANTARA PERTUBUHAN YANG TERLIBAT DALAM GERAKAN FREEMASONRY DI MALAYSIA ST.JOHN AMBULANS!
PERSOALAN UNTUK KITA!!! 
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :"BUKAN  DARI KALANGAN KITA ORANG YANG MENYERU KE ARAH ASSOBIYYAH (bangsa),  BUKAN DARI KALANGAN KITA ORANG YANG BERPERANG ATAS DASAR ASSOBIYAH  (bangsa) DAN BUKAN DARI KALANGAN KITA ORANG YANG MATI ATAS DASAR  ASSOBIYAH (bangsa)"(Riwayat Muslim)"ASSOBIYAH ITU IALAH KAMU MENOLONG  KAUMMU DI ATAS DASAR KEZALIMAN"-Hadis Nabi S.A.W-