CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 18, 2010

Liciknya!


Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Sang guru berkata,"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.


Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.


"Anak-anak, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai-bagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi batil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika." "Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."



"Baik permainan kedua..." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar." "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.


Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu-persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."


Hedonisme-senjata musuh Islam yang diserap masuk ke dalam masyarakat hari ini

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita..."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."


Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

Thursday, June 17, 2010

Nah, Buatmu Pejuang Palestin!


Sahabat,
Andainya kematian itu kau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk umat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyinsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memencar.

(Al-Maghfurulahy Al-'Arif Billah,
Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim,
Isnin 13 Jamadilawal 1386H)

Monday, June 7, 2010

Lembutmu Bukan Halangan

mujahidah solehah.. gambar hiasan~


Kilatan demi kilatan pedang tangkas menghunus. perang semakin sengit. Tentera Muslim berhadapan dengan tentera Rom yang ramai. Perindu-perindu syahid keletihan. Saat melamar bidadari syurga kian hampir. Biar syahid, mengalah tidak sekali.

Keduk..keduk..keduk..

Seekor kuda perang meluncur gagah. Penunggangnya, wajah terlitup kain. Berani. Debu-debu sahrawi berterbangan. Mata-mata terbeliak kagum. Teruja. Amuk si perwira mengayun tombak dengan garang. Musuh-musuh Allah jatuh.

Allahuakbar! Semangat tentera Muslim menggelegar di udara. Musuh berasa gerun.

"Adakah itu Khalid al-Walid?" Musuh tertanya-tanya. Sememangnya nama besar Khalid al-Walid cukup menggetarkan mereka.

Salah seorang ketua skuad Islam, Raafe bin Umaira berbisik kagum, "Beliau bertempur seperti Khalid, tapi saya yakin beliau bukan Khalid."

Tersingkap tabir wajah, nyatalah si perwira itu bukan seorang lelaki berhati waja sebaliknya seorang srikandi yang perkasa. Tatkala mengetahui tentera yang sedang mengucar-ngacirkan musuh itu adalah Khawlah al-Azwar, Khalid bin al-Walid hampir terjatuh daripada kudanya. Kagum.

Membebaskan Abang Tersayang

Khawlah al-Azwar terdorong menggempur musuh, mencari syahid dalam peperangan sebaik sahaja telinganya menangkap berita, abangnya Zirar al-Azwar telah ditawan. Sangkar besi milik tentera Rom yang penuh dengan penyeksaan membuatkan Khawlah al-Azwar tidak lagi mampu berdiam diri, lantas membuat pembelaan. Beliau asyik membayangkan betapa deritanya si abang melalui saat-saat ngeri di balik jeriji-jeriji besi.

Peperangan beransur reda apabila barisan pertahanan pihak musuh berjaya dipecahkan. Khawlah tidak sabar-sabar menanti operasi seterusnya. Abangnya mesti dibebaskan. tentera Muslimin mengBoldatur operasi serangan seterusnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin. Di situ Zirar al-Azwar dipercayai terpenjara. Khawlah al-Azwar menghunus pedang, menyertai perang. Akhirnya, di situ abangnya yang tersayang berjaya dibebaskan.

Mahir Berkuda dan Bersenjata

Khawlah al-Azwar, nama seindah identiti. Dibesarkan pada zaman Islam sering diancam peperangan. Ayahnya memperlengkapkan didikannya dengan ilmu mempertahankan diri. sejak kecil, dia diasuh menunggang kuda dan bermain pedang. Segala teknik dan kemahiran diperturunkan. Maka, mekarlah mawar agama itu sebagai seorang srikandi yang perkasa. Mahir berkuda dan bersenjata.

Dalam perang Yarmouk, beliau cukup berwibawa memimpin dan memelihara kaum wanita yang ikut serta dalam peperangan itu. Tidak lengkap pasukan tentera Islam tanpa kaum wanita sebagai sayap kiri perjuangan. Keberanian Khawlah terserlah sehingga kepalanya cedera mengalirkan darah. Pengorbanannya sia-sia. Panji kemenangan Muslim berkibar dalam peperangan itu sehingga membawa kepada pembukaan Syam. Bandar Damsyik bercahaya dengan sinar baru.

Membuka Kurungan


Dalam peperangan Sahura, Khawlah dan beberapa mujahadah muslimah tertawan. Beliau tidak mahu hanya terus menanti bantuan tanpa berusaha melakukan tindakan. Lalu dia berpidato untuk membakar semangat teman-teman.

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari-saudari sanggup menjadi hamba orang kafir yang dilaknati? Adakah rela saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana? Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai Muslimah yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Sebelum memulakan misi serangan ke atas pengawal-pengawal yang garang itu, mereka berdoa, bertaubat dan bermunajat sesungguh dan seikhlas hati kerana selepas ini mungkin mereka akan dibantu Allah atau dibawa kembali selamanya kepada Allah. Menang atau mati syahid, mengalah tidak sekali!

Khawlah al-Azwar berpidato lagi, "Jangan sekali-kali saudari gentar dan takut. kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. InsyaAllah pertolongan Allah sudah dekat."

Allahuakbar! Pasukan Muslimah itu bertempur dengan pengawal-pengawal durjana dan akhirnya mereka berjaya menumpaskan mereka. Lantas mereka lari membebaskan diri daripada kurungan untuk terus berjihad, bergabung dengan tentera-tentera Muslimin.

Begitulah kentalnya episod hidup Khawlah al-Azwar yang terakam unggul dalam Maghazi Rasulillah hasil kompilasi Muhamad bin Umar al-Waqidi al-Aslami. Adakah mungkin akan lahir lagi jiwa srikandi seperti Khawlah al-Azwar pada abad ini?