CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 30, 2010

Konsep Pendidikan dalam Islam

Sehingga kini, majoriti ahli pendidikan berpendapat bahawa, masalah utama bangsa kita adalah kerana kerendahan mutu pendidikan pada setiap peringkat dan kesatuan pendidikan. Berbagai cara telah dilakukan untuk merungkaikan permasalahan tersebut, bermula dari penganjuran pelbagai program latihan untuk meningkatkan kualiti para guru dan tenaga pendidik, penambahbaikan prasarana pendidikan dan yang paling utama iatau pembaharuan kurikulum pendidikan yang bertujuan untuk mewujudkan proses pembelajaran yang berkualiti yang akhirnya kan menghasilkan insan yang berkualiti.

Namun begitu, dari kebanyakan hal yang disenaraikan sebagai faktor-faktor yang menyebabkan kemunduran pendidikan bangsa kita berdasarkan pemerhatian penulis, hanya sedikit yang menyedari bahawa kegagalan paradigma sistem pendidikan kita adalah lebih berpunca kepada kesalahan paradigma sistem pendidikan kita yang telah membentuk dikotomi pendidikan yang mana terdapat garis pemisah antara agama dan sains.

Berdasarkan hasil masyarakat yang terjadi pada masa kini, yang mana masyarakat telah terbiasa dengan pemisahan antara pengetahuan umum dengan pengetahuan agama. Hasil dari pemikiran tersebut kemudiannya telah mewujudkan istilah yang lain ( meminjam istilah Prof. Dr. Ahamad Tafsir) iatu sekolah umum dan sekolah agama, serta pemisahan yang jelas antara masalah umum (keduniaan) dan masalah agama (akhirat). Kesan dari pemikiran tersebut adalah mudah untuk diteka, pemisahan antara iman dan sains. Sehingga munculnya, para ulama’ yang takut akan ilmu pengetahuan (keduniaan) dan secara jelas mencela dan memusuhi para ilmuwan (keduniaan), serta ramai juga para ilmuwan (keduniaan) yang mengambil ringan terhadap persoalan agama. Hal ini menyebabkan menculnya anggapan dari sebahagian masyarakat bahawa seperti ada ‘perang dingin’ atau pertentangan antara bidang agama dan bidang ilmu pengetahuan yang lain, dan ada juga yang bertanya tentang bagaimanakah sebenarnya kedudukan perkara ini. ( lihat Soedewo PK : Islam dan Ilmu Pengetahuan).

Padahal, apabila kita meletakkan akal dan fikiran sebagai medium utama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, ternyata di dalam al-quran banyak sekali firman-firman Allah S.W.T yang memerintahkan kepada manusia untuk menggunakan potensi akalnya dalam menelaah segala hal yang merupakan ayat-ayat(tanda –tanda) kekuasaan-Nya. Pertanyaa-pertanyaan (Istifham) yang terdapat di dalam al-quran seperti afalaa ya’qiluun atau kalimah afalaa yatafakkarun banyak sekali digunakan di dalam al-quran. Ini membihtikan bahawa perkara wahyu dan akal adalah seharusnya bergandingan.

Murtadha Mutahhari, seorang ulama’, ahli falsafah dan ilmuwan Islam sebagaimana yang dipertik oleh HD Bastaman di dalam bukunya Integrasi Psikologi dengan Islam : Menuju Psikologi Islami, telah menjelaskan bahwa iman dan sains merupakan karakteristik khas insani, di mana manusia mempunyai kecenderungan untuk menuju ke arah kebenaran dan perkara-perkara suci, serta tidak dapat hidup tanpa menyucikan dan memuja sesuatu. Ini adalah kecenderungan iman yang merupakan fitrah manusia. Tetapi, di bahagian lain manusia juga memiliki kecenderungan untuk selalu ingin mengetahui dan memahami semesta alam, serta memiliki kemampuan untuk memandang masa lalu, sekarang dan masa mendatang ( yang emrupakan cirri khas sains).

Berdasarkan huraian tersebut, dapat kita fahami bahawa kerana iman dan ilmu merupakan karakteristik khas insane yang bagaikan dua sisi mata wang yang tidak dapat dipisahkan, maka pemisahan antara keduanya akan menurunkan martabat manusia tersebut. Di samping adanya adagium bahawa iman tanpa ilmu akan mengakibatkan fanatisme dan kemunduran, tahyul serta kebodohan, dan begitu juga jika ilmu tanpa iman, ia akan digunaakn untuk menggembirakan nafsu, kerakusan, ekspansionisme, ambisi, kesombongan, penindasan , perhambaan, penipuan, dan kecurangan , ini semakin menguatkan lagi pendapat di atas. Dengan kata lain, iman tanpa ilmu akan menjadi lemah dan sebaliknya jika ilmu tanpa iman, kita akan menjadi buta!!!

Pemisahan dan pembezaan antara agama dan sains jelas akan menimbulkan kepincangan di dalam proses pendidikan, agama jika tanpa sokongan sains akan menjadikan ia tidak berpijak pada bumi yang nyata, sedangkan sains yang tidak dilandasi oleh asas-asas agama dan akhlak atau etika yang baik akan berkembang menjadi liar dan menimbulkan kesan yang mengakibatkan kemusnahan. Oleh sebab itu, konsep pendidikan dalam Islam menawarkan suatu sistem pendidikan yang holistik dan meletakkan agama dan sains sebagai suatu hal yang seharusnya saling menguatkan antara satu sama lain, yang secara umumnya ditunjukkan dalam doa Rasulullah S.A.W :
“ Ya Allah, ajarilah aku apa yang membawa manfaat bagiku, serta kurniakanlah aku ilmu yang bermanfaat”.

Dari doa tersebut, terungkap bahawa kualiti ilmu yang didambakan Islam adalah faedah dari ilmu tersebut. Perkara ini disebut dalam hadith Rasulullah S.A.W : “ Iman itu bagaikan badan yang masih kosong, pakaiannya adalah taqwa, hiasannya adalah rasa malu dan buahnya adalah ilmu.”

Pada akhirnya, sebagai kesimpulan, penulis mengambil pendapat HD Bastaman : “ Bila anda seorang ilmuwan, maka semaklah al-quran dan bila anda seorang agamawan, maka pelajarilah sains.”Wallahua’lam. Sehingga akan lahir seorang ilmuwan yang berjiwa ulama’ dan ulama’ yang bersikap ilmiah.

Oleh : Mulyana Yusup, S.Pd.I

Nota kaki 1: Penulis adalah Guru PAI SMP PAsundan 1 Bandung dan sedang melanjutkan pelajaran dalam program Pascasarjana UIN Sunan Gunung Djati Bandung di dalam bidang Pendidkan Agama Islam.

Thursday, March 18, 2010

Menangislah..

Diriwayatkan dari Sa'ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; "Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis)."

Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta'ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar'iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan.

Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan.

Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta'ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.

Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; "Dan mereka berkata, `Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami)."

Di dalam ayat ini, 'al-kinnah' ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta'ala. Manakala `waqrun' didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan `hijab' pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.

Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta'ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; "Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata `Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim."

Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta'ala!

Menurut Asma' bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu `alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.

Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya.

Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu `alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.

Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta'ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir.

Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu `alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta'ala).

Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta'ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.

Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu'minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini.

Bagaimana pula dengan perasaan kita?....