CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

Ma'at taufiq wannajah


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik hari ni negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke-52. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada beberapa insan terdekat dengan diri ini. Semoga ditenangkan dan dilapangkan hati ketika menjawab peperiksaan kelak.

Buat adik-adikku, Nur Fajrina Abdullah dan Noor Hayati Saidin yang akan menghadapi peperiksaan Percubaan SPM bermula esok, semoga dipermudahkan segalanya. Kalian adalah penyambung perjuanganku kelak.

Buat sahabat-sahabat yang sangat kukasihi, Nur Afifah Muhamad dan Madihah Md Yusof, selamat menempuh peperiksaan bermula 10hb ni.. wat memolek deh =)


Sunday, August 30, 2009

Syahadatain




Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, segala puji dan puja buat Ilahi, kerana dengan izinNya jua, dapat lagi saya kongsikan sesuatu di sini. Dalam banyak-banyak isu, kenapa agaknya syahadatain yang dipilih kali ni?? Kerana syahadatain itu membawa impak yang sangat besar dan merupakan titik tolak bagi kehidupan seorang muslim. Tatkala lahirnya kita, kalimah pertama yang diperdengarkan oleh sang ayah adalah kalimah yang membesarkan Allah, iaitu azan.

Apabila ditanya kepada saya apakah makna syahadatain? Saya cepat mengucapkan dua kalimah syahadah, lalu memberikan makna dua kalimah syahadah tersebut – “Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah s.w.t dan aku juga naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah”.

Pengertian syahadatain itu sepatutnya tidak terhenti setakat itu sahaja. Kita seharusnya tahu mengapa pengucapan syahadah itu didahulukan oleh suatu rupa penafian terlebih dahulu kuasa-kuasa ghaib yang lain; sebelum kita beriktikad bahawa hanya Allah s.w.t sahaja sebagai Tuhan yang layak disembah, ditaati dan menjadi cita-cita tertinggi dalam penghidupan kita yang sementara ini.

Syahadain bermaksud syahadah tauhid; iaitu penyaksian kita bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t. Syahadatain ini tidak sempurna melainkan perlu disertakan bersama dengan syahadah risalah; iatu suatu penyaksian bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah s.w.t.

Tuntutan syahadatain ini tidak diberikan kepada bukit bukau, langit, haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Tetapi, Allah s.w.t telah memberikan tuntutan ini kepada kaum manusia dengan melantik mereka menjadi pemimpin atau khalifahtuLlah fil ardhi. (2:30) Perlantikan mereka ini telah diprotes oleh para Malaikat yang cukup patuh mengabdikan diri kepada Allah s.w.t kerana bangsa ini tentu akan membuat kerosakan dan saling berbunuhan di atas muka bumi kelak. Bangsa Malaikat lebih taat dan senantiasa bertasbih memuji kebesaran Allah s.a.w.

Allah s.a.w yang maha mengetahui telah memerintahkan Nabi Adam a.s menunjukkan kebolehan berfikirnya di depan para Malaikat. (2:31-32) Memang Nabi Adam a.s berjaya menyebut semua benda yang ditanya dll. Disebabkan keistimewaan akal fikiran ini mendorong para Malaikat tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda hormat kepada kedudukan akal manusia; serta tanda taat pada perintah Allah s.a.w sendiri. (2:33) Inilah darjat ketinggian manusia. Darjat ini tidak sempurna kecuali manusia menunaikan hak-haksyahadatain itu sendiri. Darjat akal ini akan senantiasa mulia jika diikat pada tuntutan syahadatain.

Untuk mengabdikan diri kepada Allah s.a.w, para Rasul-Nya telah diutuskan. Rasulullah s.a.w menjadi teladan kepada kaum manusia untuk berfikir (33:21) dan menunaikan hak-hak kepemimpinan di atas muka bumi ini – Khalifah. Jika kehidupan manusia hanya berpandukan pada akal semata-mata, sudah tentu kehidupan manusia itu akan dikuasai oleh nafsu. Apabila berlaku hal ini, syahadatain ini tidak lebih pada pengucapan atau pengikraran atau membenarkan dalam hati secara terpisah-pisah.

Memetik syarahan alMarhum Ustaz Sa’id Hawwa, sesungguhnya tuntutan syahadatain itu sebagai al-Usulu ath-Thalasah; iaitu Allah, ar-Rasul dan al-Islam. Apa yang kita impikan adalah generasi syahadatain tersebut cukup dalam kefahamannya, cukup tinggi sifat keimanannya serta cukup kuat rasa iltizam mereka ini dalam memperjuangkan dakwah Islamiyyah bersama-sama Rasulullah s.a.w berbekalkan musohabat rasul fi sirahtihi (bersahabat dengan Rasulullah s.a.w melalui teladan sirah baginda s.a.w).

Mereka cukup berani menentang jahiliyyah – menyembah ausan (berhala), menjadi abdi sesama manusia, takut untuk mengambil risiko perjuangan dan ragu-ragu untuk mempersoalkan undang-undang adat yang zalim serta menyekutukan Allah s.w.t. Keimanan yang kuat disebabkan hubungan langsung mereka dengan Allah s.w.t menjadikan mereka ini terus mengasak tembok-tembok jahiliyyah usang siang dan malam. Atas runtuhan Jahiliyyah inilah mereka mendirikan tuntutan syahadatain dan menjadi khalifahtuLlah fil ardhi.

Generasi syahadatain yang hilang hari ini patut dijelmakan kembali. Generasi mahasiswa hari ini seharusnya ditampar semula akal pemikiran mereka agar mereka tidak dibuai lagi oleh mimpi-mimpi indah. Generasi mahasiswa hari ini seharusnya ditiup semula ruh kesedaran, kefahaman dan jihad dalam pembuluh darah mereka agar mereka hanya mengagung-agungkan keEsaan Allah (syahadat tauhid), menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w (syahadat risalah).

Dengan ruh syahadatain yang subur ini, mampu mengembalikan semula akal kehormatan manusia kepada fitrah dan terhapusnya thoghut-thoghut di maya pada ini. Generasi inilah yang sedang ditunggu-tunggu oleh Umat. Perubahan aula (utama) adalah memahami tuntutan syahadatain.

Allahu'alam. Untuk rujukan lanjut, rujuk di sini.

Friday, August 28, 2009

Ramadhan yang Dirindu



Setahun yang lalu,


"Salam. Farhana, tolong bagi pengisian pasal Ramadhan untuk usrah petang ni boleh? Jazakillah", begitulah bunyi SMS yang diterima dari umi.

Lantas jam di tangan dikerling sekilas, pukul 2.15 petang. Kelas petang ni mula jam 2.30 sampai jam 4.30 petang, usrah start pukul 6.00.. Ya Allah, sempat ke nak prepare bahan pengisian??

"Assalamualaikum, umi. Ana kena bagi pengisian ke petang ni?" Untuk kepastian, saya menghubungi umi.

"A'a. Boleh kan? kejap je, lebih kurang setengah jam, sementara umi siapkan juadah berbuka", tenang umi menjawab.

"Caner ye umi? Ana takut tak sempat prepare bahan je".

"Tak pe, bagi yang ringkas-ringkas je, guna bahan yang dah ada".

Usai solat Asar, saya terus meluru ke laptop, mencari bahan untuk perkongsian dengan sahabat-sahabat. Dalam masa yang masih ada, beberapa sahabat terdekat turut dihubungi, moga-moga dapat membantu sedikit sebanyak. Alhamdulillah, dengan pencarian di internet dan bantuan seorang sahabat, dapatlah memberi sedikit pengisian dan perkongsian kepada sahabat-sahabat pada petang itu.

Ramadan merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:


"Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang menjelaskan perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.."

(Surah al-Baqarah:185)



Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain pula mengatakan bahawa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.

Adapun Ramadhan itu terbahagi kepada tiga tahap, awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya 'atqun minnanar (jauh daripada api neraka). Jika sebelum Ramadhan pun Allah itu Maha Pengampun, inikan pula dalam bulan Ramadhan, maka pengampunan Allah terhadap hambaNya bertambah-tambah la. Kalau la pengampunan Allah kita peroleh, maka pengharapan kita pada 'atqun minannar juga perlu dicari bersungguh-sungguh. Lantaran itu, Allah membuka ruang dalam Ramadhan untuk hambaNya mendapat 'atqun minannar.


Adakah kita yakin kita bahawa sekarang ni kita sudah bebas daripada api neraka Allah? Kalau jawapan kita adalah kita tidak mampu untuk katakan ya, maka masa yang masih ada untuk kita dapat pembebasan daripada api neraka itu perlu kita usahakan. Tambahan pula, dikatakan bahawa 10 hari terakhir itu akan didatangkan lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Jika dihitung, 1000 bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun lebih sikit. Hayat manusia pun sekitar tu je kan? Maknanya kalau kita dapat lailatul qadar, dah tentu seumur hidup kita dapat kebaikan. Bayangkan rahmat kita dapat, maghfirah pun kita dapat, 'itqun minannar pun kita dapat. Semua yang istimewa kita dapat, maknanya bersihlah kita macam bayi yang baru dilahirkan.

Jadi, masa yang masih berbaki perlulah kita isi dengan sebaiknya..

Syukran kepada sahabat yang banyak membantu ketika saya kekalutan pada petang itu, jasamu dikenang. Hanya Allah dapat membalasnya. Barakallahufik =)



"Ramadhan, hadirmu dinanti, pergimu ditangisi"




Posting Pertama..



Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, setelah lebih setahun hasrat untuk mempunyai blog sendiri tertangguh, akhirnya hasrat ini terlaksana pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Semoga dengan wujudnya blog ini, ia merupakan setapak kemajuan diri ke hadapan dalam mengejar redha Allah. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidaklah sia-sia, tetapi merupakan suatu tarbiah daripada Allah supaya kita menjadi seorang insan yang lebih baik dalam kita sedar atau tidak. InsyaAllah, semoga lebih banyak yang dapat saya kongsikan dengan pengunjung Kembara Hamba ini pada posting-posting yang akan datang.

Pada kesempatan ini, ingin saya memberi kalungan kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada saya agar sentiasa mempersiapkan diri dalam menghadapi hari-hari mendatang yang pastinya penuh dengan mehnah-mehnah yang menguji kekuatan jiwa, jasad dan minda. Buat ukhtiku Nur Afifah Muhamad, ana doakan agar ukhuwwah dan mahabbah ini kekal selamanya hingga ke syurga, insyaAllah.. Buat sahabat-sahabat seperjuangan, moga kita terus tabah dan istiqamah untuk menempuh hari-hari mendatang, mudah-mudahan =)
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..