CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 10, 2010

Pemberitahuan


Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapat lagi kita menghirup udara di muka bumi Allah ini dengan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan Islam. Terus kepada isu yang ingin saya sentuh pada hari ini, saya mendengar suara-suara di belakang yang tidak berpuas hati dengan pemilihan pimpinan baru HELWANI (Hal Ehwal Wanita) IPTHO bagi sesi Jun-November 2010.

Adalah dimaklumkan bahawa kuasa pemilihan pimpinan HELWANI adalah bukan di bawah bidang kuasa saya untuk meletakkan pimpinan-pimpinan baru. Sebaliknya pemilihan pimpinan baru kali ini yang berubah corak daripada kaedah pengundian oleh pelajar seperti sesi-sesi sebelum ini kepada kaedah pemilihan pimpinan HELWANI yang diputuskan oleh pihak JAPIM sendiri untuk sesi ini adalah di luar pengetahuan saya. Oleh itu, kepada mereka yang tidak berpuas hati kepada pimpinan baru kali ini, anda boleh merujuk hal ini kepada Timbalan Ketua Jabatan JAPIM sendiri.

Allahu'alam.


Pengerusi,
HELWANI
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Sidang Januari-Jun 2010

Friday, June 18, 2010

Liciknya!


Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Sang guru berkata,"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.


Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.


"Anak-anak, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai-bagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi batil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika." "Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."



"Baik permainan kedua..." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar." "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.


Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu-persatu, baru rumah dihancurkan..." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."


Hedonisme-senjata musuh Islam yang diserap masuk ke dalam masyarakat hari ini

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita..."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."


Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

Thursday, June 17, 2010

Nah, Buatmu Pejuang Palestin!


Sahabat,
Andainya kematian itu kau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk umat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyinsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memencar.

(Al-Maghfurulahy Al-'Arif Billah,
Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim,
Isnin 13 Jamadilawal 1386H)

Monday, June 7, 2010

Lembutmu Bukan Halangan

mujahidah solehah.. gambar hiasan~


Kilatan demi kilatan pedang tangkas menghunus. perang semakin sengit. Tentera Muslim berhadapan dengan tentera Rom yang ramai. Perindu-perindu syahid keletihan. Saat melamar bidadari syurga kian hampir. Biar syahid, mengalah tidak sekali.

Keduk..keduk..keduk..

Seekor kuda perang meluncur gagah. Penunggangnya, wajah terlitup kain. Berani. Debu-debu sahrawi berterbangan. Mata-mata terbeliak kagum. Teruja. Amuk si perwira mengayun tombak dengan garang. Musuh-musuh Allah jatuh.

Allahuakbar! Semangat tentera Muslim menggelegar di udara. Musuh berasa gerun.

"Adakah itu Khalid al-Walid?" Musuh tertanya-tanya. Sememangnya nama besar Khalid al-Walid cukup menggetarkan mereka.

Salah seorang ketua skuad Islam, Raafe bin Umaira berbisik kagum, "Beliau bertempur seperti Khalid, tapi saya yakin beliau bukan Khalid."

Tersingkap tabir wajah, nyatalah si perwira itu bukan seorang lelaki berhati waja sebaliknya seorang srikandi yang perkasa. Tatkala mengetahui tentera yang sedang mengucar-ngacirkan musuh itu adalah Khawlah al-Azwar, Khalid bin al-Walid hampir terjatuh daripada kudanya. Kagum.

Membebaskan Abang Tersayang

Khawlah al-Azwar terdorong menggempur musuh, mencari syahid dalam peperangan sebaik sahaja telinganya menangkap berita, abangnya Zirar al-Azwar telah ditawan. Sangkar besi milik tentera Rom yang penuh dengan penyeksaan membuatkan Khawlah al-Azwar tidak lagi mampu berdiam diri, lantas membuat pembelaan. Beliau asyik membayangkan betapa deritanya si abang melalui saat-saat ngeri di balik jeriji-jeriji besi.

Peperangan beransur reda apabila barisan pertahanan pihak musuh berjaya dipecahkan. Khawlah tidak sabar-sabar menanti operasi seterusnya. Abangnya mesti dibebaskan. tentera Muslimin mengBoldatur operasi serangan seterusnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin. Di situ Zirar al-Azwar dipercayai terpenjara. Khawlah al-Azwar menghunus pedang, menyertai perang. Akhirnya, di situ abangnya yang tersayang berjaya dibebaskan.

Mahir Berkuda dan Bersenjata

Khawlah al-Azwar, nama seindah identiti. Dibesarkan pada zaman Islam sering diancam peperangan. Ayahnya memperlengkapkan didikannya dengan ilmu mempertahankan diri. sejak kecil, dia diasuh menunggang kuda dan bermain pedang. Segala teknik dan kemahiran diperturunkan. Maka, mekarlah mawar agama itu sebagai seorang srikandi yang perkasa. Mahir berkuda dan bersenjata.

Dalam perang Yarmouk, beliau cukup berwibawa memimpin dan memelihara kaum wanita yang ikut serta dalam peperangan itu. Tidak lengkap pasukan tentera Islam tanpa kaum wanita sebagai sayap kiri perjuangan. Keberanian Khawlah terserlah sehingga kepalanya cedera mengalirkan darah. Pengorbanannya sia-sia. Panji kemenangan Muslim berkibar dalam peperangan itu sehingga membawa kepada pembukaan Syam. Bandar Damsyik bercahaya dengan sinar baru.

Membuka Kurungan


Dalam peperangan Sahura, Khawlah dan beberapa mujahadah muslimah tertawan. Beliau tidak mahu hanya terus menanti bantuan tanpa berusaha melakukan tindakan. Lalu dia berpidato untuk membakar semangat teman-teman.

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari-saudari sanggup menjadi hamba orang kafir yang dilaknati? Adakah rela saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana? Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai Muslimah yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Sebelum memulakan misi serangan ke atas pengawal-pengawal yang garang itu, mereka berdoa, bertaubat dan bermunajat sesungguh dan seikhlas hati kerana selepas ini mungkin mereka akan dibantu Allah atau dibawa kembali selamanya kepada Allah. Menang atau mati syahid, mengalah tidak sekali!

Khawlah al-Azwar berpidato lagi, "Jangan sekali-kali saudari gentar dan takut. kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. InsyaAllah pertolongan Allah sudah dekat."

Allahuakbar! Pasukan Muslimah itu bertempur dengan pengawal-pengawal durjana dan akhirnya mereka berjaya menumpaskan mereka. Lantas mereka lari membebaskan diri daripada kurungan untuk terus berjihad, bergabung dengan tentera-tentera Muslimin.

Begitulah kentalnya episod hidup Khawlah al-Azwar yang terakam unggul dalam Maghazi Rasulillah hasil kompilasi Muhamad bin Umar al-Waqidi al-Aslami. Adakah mungkin akan lahir lagi jiwa srikandi seperti Khawlah al-Azwar pada abad ini?



Saturday, May 15, 2010

Untuk Antumkah?

Tarbiyyah...

bukan untuk orang yang malas

bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
Tuhan.
Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

bukan untuk orang yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan
orang lain.

bukan untuk orang yang cepat mengalah

bukan untuk
orang yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
`penting' yang lain

bukan untuk orang yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong

bukan untuk orang yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu
bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya
tunggu information

Dakwah...

bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu

bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute

bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah

bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh

bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh
bukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami

bukan bagi orang yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot

bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu
. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan
tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan
anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

"Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah daripadaNya"

Tuesday, May 11, 2010

Amar Makruf Tiada Nahi Mungkar

Cabaran seorang Muslim

Bukan sekadar bicara

Bukan sekadar kata-kata

Bukanlah pula laku kata


Tak ramai yang bersedia

Tak ramai pula yang siap siaga

Mempersiapkan diri dalam jiwa

Hidup sebagai seorang Muslim yang mulia

Penuh cabaran dan dugaan


Namun segala-galanya amat mudah

Sangat mudah

Andai kita kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah

Bukan berteori dan membuat andaian

Menang bicara

Lemah jiwa

Takut binasa

Tabiat dakwah katanya


Berdada dengan kebatilan

Menggunakan kebijaksanaaan

Bukan semangat semata

Namun ketidak jujuran selalu berlaku

Ramai si penakut menggunakan alasan ini

Untuk menangkan diri dari mencegah munkar

Di hadapan mata luas terbungkam

Mungkinkan dia lupa sepotong hadith

Selemah-lemah iman adalah sekadar membenci munkar dalam hati


Sudah lupakah?

Islam tidak sekadar berdiri dengan amar makruf

Mesti bersekali dengan nahi munkar

Andai amar makruf semata

Tidaklah mengikut tuntunan Qur'an

Begitu juga andai nahi munkar tiada

Tidaklah mengikut tuntunan Qur'an jua

Jadi, kembarkanlah kedua-dua

Agar hidup bahagia dan bermakna


Namun

Ujian yang berat akan dirasa

Oleh jiwaku yang berdada

Begitu jua teman di sana

Andai kita tegas berdiri

Menonjolkan kekuatan kita

Tidak bermakna kita gopoh

Strategi dalam perjuangan bukanlah alasan bacul

Tetapi tindakan bijaksana untuk kebaikan Islam

Bukan ingin menjaga mekap di muka


Buat pedomanan para dua'at di sana

Andai Qur'an dibaca-baca

Namun tidak hayati makna sebaliknya

Adakah Islam menang di jiwa

Moga Allah mudahkan segala jiwa dan raga kita

Kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah

Friday, May 7, 2010

Malaikat itu adalah.....


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah walhamdulillah wa la ilaha illaLlah.. Syukur sungguh saat ini kerana Allah masih mengurniakan kita semua 2 nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan Islam ketika kita masih berkesempatan menghirup udara di bumiNya ini. Juga setinggi-tinggi kesyukuran pada Pencipta langit dan bumi yang juga Pemegang hati manusia kerana masih sudi memelihara hati dan diri saya walaupun pelbagai dugaan dan perkara yang mendatangi hidup saya. Alhamdulillah..

Lama sungguh saya meningalkan penulisan pena maya ini. Maaf kepada pengunjung-pengunjung blog yang sering hampa kerana tiada update terbaru selama beberapa bulan. Entah ke mana hilangnya semangat diri dalam tempoh tersebut. InsyaAllah, saya telah kembali~ Syukur pada Allah yang masih sudi membangunkan diri saya saat saya benar-benar lemah.

Bagai tahu hati anaknya yang seorang ni, dalam tempoh saya benar-benar down dalam beberapa hari lepas, mak kerap call. Selalunya saya yang akan call mak dulu, tapi minggu ni terbalik pulak, baru terlintas nak call, mak dah call dulu.
Kuatnya naluri mak. Macam-macam mak cerita pasal perkara yang berlaku kat rumah. Pasal abah, pasal adik-adik. Terhiburnya hati. Pastu rasa rindu sangat nak balik rumah. Rindu sangat-sangat. Nak jumpa mak, nak jumpa abah, nak jumpa adik-adik.

Bersempena dengan Hari Ibu ini, saya nak kongsikan sebuah cerita dengan sahabat-sahabat sekalian. Alkisahnya begini...

`Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...


Dia bertanya kepada Tuhan :
"Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?" Dan Tuhan menjawab:
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia." "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?" "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ? "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi" "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?" "Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Setiap hari adalah Hari Ibu. Selamat Hari Ibu buat mak tersayang, Siti Zaleha binti Awang. Kak sayang mak =) Moga hidupmu sentiasa diberkati, dilindungi dan dilimpahi rahmat dari Allah. Amin~