CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 28, 2009

Ramadhan yang Dirindu



Setahun yang lalu,


"Salam. Farhana, tolong bagi pengisian pasal Ramadhan untuk usrah petang ni boleh? Jazakillah", begitulah bunyi SMS yang diterima dari umi.

Lantas jam di tangan dikerling sekilas, pukul 2.15 petang. Kelas petang ni mula jam 2.30 sampai jam 4.30 petang, usrah start pukul 6.00.. Ya Allah, sempat ke nak prepare bahan pengisian??

"Assalamualaikum, umi. Ana kena bagi pengisian ke petang ni?" Untuk kepastian, saya menghubungi umi.

"A'a. Boleh kan? kejap je, lebih kurang setengah jam, sementara umi siapkan juadah berbuka", tenang umi menjawab.

"Caner ye umi? Ana takut tak sempat prepare bahan je".

"Tak pe, bagi yang ringkas-ringkas je, guna bahan yang dah ada".

Usai solat Asar, saya terus meluru ke laptop, mencari bahan untuk perkongsian dengan sahabat-sahabat. Dalam masa yang masih ada, beberapa sahabat terdekat turut dihubungi, moga-moga dapat membantu sedikit sebanyak. Alhamdulillah, dengan pencarian di internet dan bantuan seorang sahabat, dapatlah memberi sedikit pengisian dan perkongsian kepada sahabat-sahabat pada petang itu.

Ramadan merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:


"Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang menjelaskan perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.."

(Surah al-Baqarah:185)



Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain pula mengatakan bahawa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.

Adapun Ramadhan itu terbahagi kepada tiga tahap, awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya 'atqun minnanar (jauh daripada api neraka). Jika sebelum Ramadhan pun Allah itu Maha Pengampun, inikan pula dalam bulan Ramadhan, maka pengampunan Allah terhadap hambaNya bertambah-tambah la. Kalau la pengampunan Allah kita peroleh, maka pengharapan kita pada 'atqun minannar juga perlu dicari bersungguh-sungguh. Lantaran itu, Allah membuka ruang dalam Ramadhan untuk hambaNya mendapat 'atqun minannar.


Adakah kita yakin kita bahawa sekarang ni kita sudah bebas daripada api neraka Allah? Kalau jawapan kita adalah kita tidak mampu untuk katakan ya, maka masa yang masih ada untuk kita dapat pembebasan daripada api neraka itu perlu kita usahakan. Tambahan pula, dikatakan bahawa 10 hari terakhir itu akan didatangkan lailatul qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Jika dihitung, 1000 bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun lebih sikit. Hayat manusia pun sekitar tu je kan? Maknanya kalau kita dapat lailatul qadar, dah tentu seumur hidup kita dapat kebaikan. Bayangkan rahmat kita dapat, maghfirah pun kita dapat, 'itqun minannar pun kita dapat. Semua yang istimewa kita dapat, maknanya bersihlah kita macam bayi yang baru dilahirkan.

Jadi, masa yang masih berbaki perlulah kita isi dengan sebaiknya..

Syukran kepada sahabat yang banyak membantu ketika saya kekalutan pada petang itu, jasamu dikenang. Hanya Allah dapat membalasnya. Barakallahufik =)



"Ramadhan, hadirmu dinanti, pergimu ditangisi"




0 comments: